Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Pilih runut bunyi untuk filem
Jika satu filem mempunyai runut bunyi gantian—seperti bahasa lain atau Perkhidmatan Video Deskriptif —anda boleh memilih runut bunyi yang ia gunakan. Jika filem itu tidak mempunyai runut bunyi gantian, anda tidak akan melihat pilihan untuknya.
Buka QuickTime Player untuk saya
Apabila filem dibuka, pilih Lihat > Bahasa > [runut bunyi].
Anda juga boleh klik butang Sari Kata dalam kawalan main semula untuk melihat senarai pilihan tersedia.
Runut bunyi Perkhidmatan Video Deskriptif disenaraikan dengan semua pilihan runut bunyi audio dan biasanya mempunyai “DVS” ditambahkan pada nama tersebut. Runut bunyi Perkhidmatan Video Deskriptif memerihalkan tindakan dan imej pada skrin antara dialog.