Tambah filem atau klip ke filem anda
Anda boleh menambah seluruh filem atau klip dari filem lain kepada filem anda.
Buka QuickTime Player untuk saya
Tambah seluruh filem
Buka filem yang anda mahu tambahkan, kemudian pilih Lihat > Tunjukkan Klip.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Masukkan klip di penghujung filem: Tanpa memilih mana-mana klip, pilih Edit > Tambah Klip di Penghujung.
Masukkan klip pada permulaan filem: Tanpa memilih mana-mana klip, tekan Pilihan, kemudian pilih Edit > Tambah Klip di Permulaan.
Masukkan klip di tempat lain dalam filem: Pilih klip, kemudian pilih Edit > Masukkan Klip Selepas Pilihan.
Cari filem yang anda mahu tambahkan kepada filem anda, kemudian klik "Pilih media."
Tambah klip baru
Buka filem yang mengandungi klip yang anda mahu tambahkan, kemudian pilih Lihat > Tunjukkan Klip.
Pilih klip, kemudian pilih Edit > Salin.
Klip yang dipilih digariskan dengan warna kuning.
Buka filem yang anda mahu tambahkan klip padanya, kemudian pilih Lihat > Tunjukkan Klip.
Pilih Edit > Tampal.
Klip muncul di awal filem. Seret klip untuk mengaturnya semula.