Serlahkan, garis bawah dan lorek teks dalam PDF menggunakan Pratonton pada Mac
Anda boleh gunakan alat serlahan, garis bawah dan garis potong menerusi teks untuk menarik perhatian ke teks dalam PDF. Tanda ini kerap digunakan bersama gelembung pertuturan dan nota.
Serlahan, garis bawah, atau garis lorek teks
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Buka PDF yang anda mahu tukar.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Serlahkan, garis bawah, atau lorek menerusi teks dengan cepat: Pilih teks, klik bersebelahan , kemudian pilih warna serlahan, garis bawah atau garis potong.
Gunakan mod serlahan: Klik (supaya ia bertukar kelabu), klik bersebelahan , kemudian pilih warna serlahan, garis bawah atau garis potong. Kini, apabila anda memilih sesetengah teks, gaya serlahan yang anda pilih digunakan kepada teks secara automatik.
Untuk menyahaktifkan serlahan, klik lagi.
Keluarkan serlahan, garis bawah atau garis lorek: Control-klik teks, kemudian pilih Keluarkan [item] daripada menu pintasan.
Lihat semua serlahan dalam PDF
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Buka PDF yang anda mahu tukar.
Pilih Paparan > Serlahan dan Nota (supaya Serlahan dan Nota mempunyai tanda semak bersebelahannya). Setiap bahagian teks diserlahkan muncul dalam bar sisi.