Tukar seting dalam Pratonton pada Mac
Gunakan seting Pratonton untuk menukar pilihan bagi latar belakang tetingkap, untuk bekerja dengan fail dan imej serta untuk mengedit PDF.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, pilih Pratonton > Seting, kemudian klik seting.
Umum
Gunakan anak tetingkap Umum dalam seting Pratonton untuk menukar warna latar belakang yang anda lihat pada skrin.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Latar belakang tetingkap | Tukar warna latar belakang tetingkap. |
Imej
Gunakan anak tetingkap imej dalam seting Pratonton untuk menukar pilihan bagi membuka fail imej dan menskala imej.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Apabila membuka fail | Pilih sama anda untuk membuka fail dalam tetingkap baharu.
| ||||||||||
Mentakrif skala 100% sebagai | Setkan cara imej kelihatan pada skin atau apabila dicetak.
|
Gunakan anak tetingkap PDF dalam seting Pratonton untuk menukar seting bagi bekerja dengan dokumen PDF.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mentakrif skala 100% sebagai | Setkan cara dokumen kelihatan pada skrin atau apabila dicetak.
| ||||||||||
Apabila membuka dokumen | Pilih kotak semak jika anda mahu dokumen yang dilihat sebelumnya dibuka di halaman terakhir yang anda lihat. Nyahpilih untuk membuka dokumen di halaman pertama. | ||||||||||
Membuka untuk kali pertama | Pilih sama ada untuk menunjukkan dokumen yang anda buka sebagai Skrol Berterusan, Halaman Tunggal atau Dua Halaman. | ||||||||||
Melihat dokumen | Pilih sama ada untuk memaparkan nombor halaman sebagai angka Roman. | ||||||||||
Anotasi | Untuk menambah nama anda ke anotasi yang anda buat dalam dokumen, pilih “Tambah nama ke anotasi”, kemudian taipkan nama anda dalam medan. |