Gabungkan PDF dalam Pratonton pada Mac
Gabungkan semua atau sebahagian daripada dua atau lebih PDF ke dalam PDF tunggal.
AMARAN: Perubahan yang anda buat pada dokumen Pratonton disimpan secara automatik. Jika anda mahu simpan PDF asal (selain daripada yang baru digabungkan), pilih Fail > Duplikasi untuk mencipta salinan setiap PDF sebelum menggabungkannya.
Dalam app Pratonton pada Mac anda, buka PDF yang anda mahu gabungkan.
Dalam setiap PDF yang dibuka, pilih Lihat > Imej kecil untuk memaparkan imej kecil halaman dalam bar sisi.
Seret imej kecil yang anda ingin tambah (Command-klik untuk memilih halaman tidak bersebelahan) ke bar sisi imej kecil dalam PDF lain.
Anda boleh tambah halaman ke akhir dokumen atau di antara halaman dalam dokumen. Seret imej kecil untuk susun semula mereka.
Petua: Untuk menambah seluruh PDF pada permulaan atau akhir PDF lain, seret ikon PDF dalam Finder ke bar sisi dokumen yang terbuka.