Paparkan beberapa fail dalam satu tetingkap Pratonton pada Mac
Anda boleh setkan sama ada Pratonton membuka berbilang fail imej dalam tetingkap berasingan atau dalam tetingkap yang sama. Anda juga boleh tambah fail atau halaman ke PDF yang sudah dibuka.
Nota: Untuk membuka berbilang PDF dalam tetingkap yang sama, pergi ke menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Desktop & Dock . (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Pergi ke bahagian Tetingkap, klik menu timbul “Utamakan tab apabila membuka dokumen”, kemudian pilih Sentiasa. Lihat Tukar cara folder dibuka dalam Finder.
Tukar seting untuk membuka fail imej
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Pilih Pratonton > Seting, kemudian klik Imej.
Pilih pilihan untuk “Apabila membuka fail”:
Buka kumpulan fail dalam tetingkap yang sama: Menggunakan satu tetingkap untuk setiap set fail yang anda buka dalam Pratonton pada masa yang sama.
Buka setiap fail dalam tetingkap dirinya: Menggunakan satu tetingkap bagi setiap fail.
Tambah fail ke dokumen terbuka
Pergi ke app Pratonton pada Mac anda.
Pilih Paparan > Imej Kecil.
Seret fail ke bar sisi tetingkap.