Sembunyikan foto dan video daripada pandangan pada Mac
Dalam Foto pada Mac, anda boleh menyembunyikan foto yang anda tidak mahu paparkan. Foto tersembunyi kekal dalam pustaka anda dan anda boleh mendedahkannya kemudian apabila anda mahukan.
Sembunyikan foto daripada penglihatan buat sementara waktu
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian pilih foto yang anda mahu sembunyikan.
Pilih Imej, Sembunyikan [nombor] Foto, kemudian klik Sembunyikan.
Foto yang dipilih hilang daripada pandangan tetapi tidak dipadam.
Tunjukkan foto yang anda telah sembunyikan
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Koleksi Tersembunyi kelihatan dalam bar sisi, dalam Utiliti. Jika Tersembunyi dikunci, gunakan Touch ID atau masukkan kata laluan anda untuk membuka kuncinya. Untuk melihat koleksi Tersembunyi, pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Pilih foto yang anda mahu paparkan, kemudian pilih Imej > Nyahsembunyi [nombor] Foto.
Tunjukkan atau sembunyikan koleksi Tersembunyi
Secara lalai, koleksi Tersembunyi dikunci dan disembunyikan daripada pandangan. Anda boleh membenarkannya untuk kelihatan dalam Utiliti dan menyembunyikannya daripada pandangan pada bila-bila masa.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Klik Pustaka dalam bar sisi, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan koleksi Tersembunyi dalam Utiliti: Pilih Paparan > Tunjukkan Album Foto Tersembunyi.
Tersembunyi kelihatan dalam bar sisi. Jika koleksi Tersembunyi dikunci, gunakan Touch ID atau masukkan kata laluan anda untuk membuka kuncinya.
Sembunyikan koleksi Tersembunyi: Pilih Paparan > Sembunyikan Album Foto Tersembunyi.
Tersembunyi memerlukan kata laluan atau Touch ID untuk membuka kuncinya. Untuk meukar seting tersebut, lihat seting Foto.