Gunakan app dan alat pengeditan lain dalam Foto pada Mac
Anda boleh memuat turun dan memasang sambungan app (juga dipanggil plugin) untuk memberikan alat pengeditan baharu dalam Foto. Sebagai contoh, app pihak ketiga mungkin membekalkan penapis khusus atau pelarasan foto lain.
Muat turun dan gunakan app pihak ketiga semasa mengedit foto
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dwiklik foto atau video, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik dalam bar alat pengeditan.
Pilih app yang anda mahu gunakan, atau pilih App Store dan cari app untuk ditambah ke Foto.
Ikut arahan atas skrin untuk memuat turun dan membuka app.
App kini kelihatan apabila anda mengklik dalam bar alat pengeditan dalam Foto. Jika app tidak muncul, lihat Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan app.
Anda boleh menggunakan kombinasi app dan alat pengeditan terbina dalam Foto untuk menukar foto. Apabila anda klik butang Sambungan dalam bar alat mengedit dan memilih app, sambungan atau app terbuka dengan foto anda aktif. Buat perubahan anda, simpan foto dan tutup tetingkap app pihak ketiga. Tetingkap Foto menunjukkan perubahan anda; klik Simpan Perubahan.
Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan app
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dwiklik foto atau video, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Klik dalam bar alat pengeditan, pilih Urus, kemudian klik di sebelah kanan Pengeditan Foto.
Aktifkan atau nyahaktifkan setiap sambungan app
Dalam app Foto, klik Selesai, kemudian klik Edit untuk kembali ke paparan pengeditan.
App yang diaktifkan kelihatan apabila anda mengklik dalam bar alat pengeditan dalam Foto. App yang anda nyahaktifkan disembunyikan.