Urus seting Perkongsian Keluarga
Perkongsian keluarga boleh digunakan sehingga lima ahli keluarga untuk berkongsi langganan, pembelian, foto, album foto, kalendar dan banyak lagi, semuanya tanpa berkongsi Akaun Apple satu sama lain. Jika anda berkongsi pelan storan iCloud Keluarga, fail dan dokumen setiap orang kekal peribadi, sementara jumlah ruang storan yang digunakan oleh setiap orang kelihatan pada semua ahli.
Untuk melihat jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, pergi ke Seting > [nama anda] > tab Perkongsian Keluarga. Jika anda melihat Sediakan Perkongsian Keluarga, anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga dengan Akaun Apple ini. Jika anda melihat ikon dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengetik ikon untuk melihat ahli keluarga dan peranan anda.
Petua pantas:
Untuk melihat jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, pergi ke Seting dan cari perkataan “Keluarga” di bawah nama anda.
Untuk menyemak cara untuk menghentikan perkongsian Keluarga, lihat Hentikan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17, iPadOS 17, atau lebih lama dan Hentikan Perkongsian Keluarga pada Mac anda.
Untuk menyemak cara meninggalkan keluarga, lihat dua tugas Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17, iPadOS 17, atau lebih lama dan Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac anda.
Untuk menyemak cara untuk mengeluarkan ahli keluarga, lihat dua tugasan Keluarkan ahli keluarga daripada kumpulan keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17, iPadOS 17 atau lebih lama dan Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada Mac anda.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Siapa yang boleh meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga?
Keupayaan untuk menukar atau meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga berbeza.
Pengelola boleh meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga dengan menyahaktifkan Perkongsian Keluarga. Apabila Perkongsian Keluarga dinyahaktifkan, semua ahli keluarga akan dikeluarkan daripada kumpulan keluarga sekali gus. Jika terdapat kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan keluarga, pengelola mestilah memindahkan mereka ke kumpulan Perkongsian Keluarga lain. Ahli keluarga tidak akan boleh lagi berkongsi akses ke langganan, pembelian dan perkhidmatan lain yang didayakan melalui Perkongsian Keluarga.
Sebarang ahli keluarga yang berusia lebih 13 tahun boleh mengeluarkan diri mereka daripada kumpulan keluarga pada bila-bila masa. Hanya pilih nama anda dan kemudian pilih Tinggalkan Keluarga. Anda juga boleh mendaftar masuk ke tapak web Akaun Apple dan memilih Keluarkan Akaun dalam bahagian Perkongsian Keluarga.
Atas sebab keselamatan, akaun kanak-kanak (di bawah 13) tidak boleh mengeluarkan diri mereka daripada keluarga dan tidak boleh berhenti berkongsi butiran seperti Masa Skrin tanpa kod laluan Masa Skrin. Pengelola mempunyai akses kepada kandungan keluarga dikongsi pada peranti anda, seperti album foto dikongsi dan kalendar dikongsi, serta boleh melihat aktiviti Masa Skrin.
Jenis ahli Perkongsian Keluarga
Ahli kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mempunyai peranan berbeza bergantung pada umur mereka.
Nota: Umur seseorang dianggap dewasa atau kanak-kanak berbeza mengikut negara atau rantau.
Untuk menukar status Perkongsian Keluarga anda, adalah baik untuk anda mengetahui cara peranan berbeza dalam kumpulan Perkongsian Keluarga berfungsi.
Pengelola: Seorang dewasa yang menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga. Pengelola boleh menjemput ahli keluarga, mengeluarkan ahli keluarga dan membubarkan kumpulan.
Dewasa: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga yang berumur 18 tahun atau lebih.
Ibu Bapa/Penjaga: Ahli keluarga kumpulan Perkongsian Keluarga yang boleh membantu mengurus kawalan ibu bapa untuk kanak-kanak dalam kumpulan. Apabila pengelola menambah orang dewasa ke kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka boleh menetapkan mereka sebagai ibu bapa atau penjaga.
Kanak-kanak atau remaja: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga berumur di bawah 18 tahun. Pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh mencipta Akaun Apple untuk kanak-kanak yang terlalu muda untuk menciptanya sendiri.
Dalam isi rumah anda, seorang dewasa, pengelola keluarga, memilih ciri yang keluarga berkongsi dan menjemput sehingga lima ahli tambahan untuk menyertai. Selepas jemputan diterima, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik—termasuk kalendar dikongsi dan album foto dikongsi. Pengelola keluarga boleh menambah sesiapa sahaja yang mempunyai Akaun Apple kepada keluarga mereka dan mengeluarkan sesiapa sahaja yang berusia lebih 13 tahun daripada kumpulan keluarga.
Perkara yang berlaku apabila anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga
Jika ahli dikeluarkan atau meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi tetapi mereka akan kehilangan akses kepada perkara lain yang ahli keluarga kongsi secara serta-merta:
Lokasi peranti bekas ahli keluarga tidak kelihatan dalam app Cari pada iCloud.com atau pada Mac, iPhone, atau iPad.
Item bekas ahli keluarga lain tidak lagi kelihatan dalam bahagian Dibeli daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dimuat turun sebelum ini tidak lagi boleh digunakan jika orang lain yang membeli kandungan ini pada asalnya. Bekas ahli keluarga tidak lagi boleh menggunakan kandungan ini yang dimuat turun daripada koleksi anda.
Pembelian in-app menjadi tidak tersedia jika mereka membelinya menggunakan app yang asalnya dibeli oleh orang lain. Anda boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian in-app dengan membeli app.
Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu
Jika anda berusia lebih 13 tahun dan ialah ahli kumpulan perkongsian keluarga:
Pergi ke Seting > Keluarga di bawah [nama anda].
Ketik [nama anda], kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17 atau iPadOS 17 atau lebih lama
Jika anda berusia lebih 13 tahun dan ialah ahli kumpulan perkongsian keluarga:
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik [nama anda], kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac anda
Jika anda berusia lebih 13 tahun dan ialah ahli kumpulan perkongsian keluarga:
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda dengan macOS 15 atau lebih baharu: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, kemudian klik Keluarga di bawah [nama anda].
Pada Mac anda dengan macOS 13 atau macOS 14: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda dengan macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple , pilih Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Dalam senarai ahli keluarga, klik nama anda atau Butiran di sebelah nama anda, klik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Klik Selesai.
Hentikan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu
Anda mestilah pengelola keluarga untuk menyahaktifkan Perkongsian Keluarga.
Pergi ke Seting > Keluarga di bawah [nama anda].
Ketik nama anda, kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Hentikan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17 atau iPadOS 17 atau lebih lama
Anda mestilah pengelola keluarga untuk menyahaktifkan Perkongsian Keluarga.
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik nama anda, kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Hentikan Perkongsian Keluarga pada Mac anda
Untuk menghentikan Perkongsian Keluarga, anda mesti:
Menjadi pengelola keluarga.
Pindahkan akaun kanak-kanak kepada keluarga lain.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda dengan macOS 15 atau lebih baharu: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, kemudian klik Keluarga di bawah [nama anda].
Pada Mac anda dengan macOS 13 atau macOS 14: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda dengan macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple , pilih Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Klik di sebelah nama anda, kemudian klik Hentikan Perkongsian Keluarga.
Keluarkan ahli daripada keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu
Jika anda ialah pengelola keluarga:
Pergi ke Seting > Keluarga di bawah [nama anda].
Ketik [nama ahli], ketik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga, kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] lagi.
Nota: Jika anda ialah pengelola keluarga, anda tidak boleh mengeluarkan diri anda daripada Perkongsian Keluarga.
Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 17, iPadOS 17 atau lebih lama
Jika anda ialah pengelola keluarga:
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik [nama ahli], kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga.
Nota: Jika anda ialah pengelola keluarga, anda tidak boleh mengeluarkan diri anda daripada Perkongsian Keluarga.
Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada Mac anda
Jika anda ialah pengelola keluarga, anda boleh mengeluarkan ahli daripada kumpulan keluarga tetapi anda tidak boleh mengeluarkan diri.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda dengan macOS 15 atau lebih baharu: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, kemudian klik Keluarga di bawah [nama anda].
Pada Mac anda dengan macOS 13 atau macOS 14: Pilih menu Apple , pilih Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda dengan macOS 12 atau lebih lama: Pilih menu Apple , pilih Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda dengan macOS 15 atau lebih baharu: Pilih ahli dalam senarai, klik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga, kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] lagi.
Pada Mac anda dengan macOS 14 atau lebih lama: Pilih ahli dalam senarai, kemudian klik , kemudian klik untuk mengesahkan anda mahu mengeluarkannya.