Urus seting Perkongsian Keluarga
Perkongsian keluarga boleh digunakan sehingga lima ahli keluarga untuk berkongsi langganan, pembelian, foto, album foto, kalendar dan banyak lagi, semuanya tanpa berkongsi akaun Apple satu sama lain. Untuk menukar status Perkongsian Keluarga anda, adalah baik untuk anda mengetahui cara peranan berbeza dalam kumpulan Perkongsian Keluarga berfungsi. Anda boleh menemui Perkongsian Keluarga pada iPhone, iPad dan Mac.
Jika anda berkongsi pelan storan iCloud Keluarga, fail dan dokumen setiap orang kekal peribadi, sementara jumlah ruang storan yang digunakan oleh setiap orang kelihatan pada semua ahli.
Ketahui cara: Untuk melihat tugas di bawah, pilih butang tambah bersebelahan tajuknya.
Jenis ahli Perkongsian Keluarga
Ahli kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mempunyai peranan berbeza bergantung pada umur mereka.
Nota: Umur seseorang dianggap dewasa atau kanak-kanak berbeza mengikut negara atau rantau.
Pengelola: Seorang dewasa yang menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga. Pengelola boleh menjemput ahli keluarga, mengeluarkan ahli keluarga dan membubarkan kumpulan.
Dewasa: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga yang berumur 18 tahun atau lebih.
Ibu Bapa/Penjaga: Ahli keluarga kumpulan Perkongsian Keluarga yang boleh membantu mengurus kawalan ibu bapa untuk kanak-kanak dalam kumpulan. Apabila pengelola menambah orang dewasa ke kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka boleh menetapkan mereka sebagai ibu bapa atau penjaga.
Kanak-kanak atau remaja: Seorang ahli kumpulan Perkongsian Keluarga berumur di bawah 18 tahun. Pengelola, ibu bapa atau penjaga boleh mencipta Apple ID untuk kanak-kanak yang terlalu muda untuk menciptanya sendiri.
Dalam isi rumah anda, seorang dewasa, pengelola keluarga, memilih ciri yang keluarga berkongsi dan menjemput sehingga lima ahli tambahan untuk menyertai. Selepas jemputan diterima, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik—termasuk kalendar dikongsi dan album foto dikongsi. Pengelola boleh menambah sesiapa sahaja yang mempunyai Apple ID kepada keluarga mereka dan mengeluarkan sesiapa sahaja yang berusia lebih 13 tahun daripada kumpulan keluarga.
Anda boleh menyemak untuk melihat jika anda telah menjadi sebahagian daripada keluarga dalam Seting > [nama anda]. Jika anda melihat Sediakan Perkongsian Keluarga, anda tidak menggunakan Perkongsian Keluarga dengan Apple ID ini. Jika anda melihat ikon dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengetik ikon untuk melihat ahli keluarga dan peranan anda.
Keluarkan ahli keluarga
Pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga boleh mengeluarkan ahli lain.
Nota: Untuk mula mengeluarkan ahli keluarga, lihat dua tugasan Keluarkan ahli keluarga daripada kumpulan keluarga pada iPhone atau iPad anda dan Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada Mac anda.
Selain itu, sebarang ahli keluarga yang berusia lebih 13 tahun boleh mengeluarkan diri mereka daripada kumpulan keluarga pada bila-bila masa. Hanya pilih nama anda dan kemudian pilih Tinggalkan Keluarga. Anda juga boleh mendaftar masuk ke tapak web Apple ID dan memilih Keluarkan Akaun dalam bahagian Perkongsian Keluarga.
Atas sebab keselamatan, akaun kanak-kanak (di bawah 13) tidak boleh mengeluarkan diri mereka daripada keluarga dan tidak boleh berhenti berkongsi butiran seperti Masa Skrin tanpa kod laluan Masa Skrin. Pengelola mempunyai akses kepada kandungan keluarga dikongsi pada peranti anda, seperti album foto dikongsi dan kalendar dikongsi, serta boleh melihat aktiviti Masa Skrin.
Nota: Pengelola tidak boleh mengeluarkan diri mereka sendiri daripada kumpulan Perkongsian Keluarga. Jika anda mahu menukar pengelola, anda mesti membubarkan kumpulan dan membuatkan orang dewasa lain mencipta kumpulan baharu.
Jika ahli dikeluarkan atau meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi, tetapi mereka akan kehilangan akses kepada perkara lain yang ahli keluarga kongsi secara serta-merta:
Item ahli keluarga lain tidak lagi kelihatan dalam bahagian Dibeli daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dilindungi (melalui hak cipta) yang anda muat turun sebelum ini tidak lagi boleh digunakan jika orang lain yang membeli kandungan ini pada asalnya. Ahli keluarga lain tidak lagi boleh menggunakan kandungan ini yang dimuat turun daripada koleksi anda.
Pembelian in-app menjadi tidak tersedia jika anda membelinya menggunakan app yang asalnya dibeli oleh orang lain. Anda boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian in-app dengan membeli app.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak kelihatan apabila anda menggunakan app Cari pada iCloud.com atau pada iPhone, iPad atau Mac anda.
Jika Perkongsian Keluarga dinyahaktifkan
Jika pengelola keluarga menyahaktifkan Perkongsian Keluarga, semua ahli keluarga akan dikeluarkan daripada kumpulan keluarga sekali gus. Jika terdapat kanak-kanak di bawah 13 tahun dalam kumpulan keluarga, anda mestilah memindahkan mereka ke keluarga lain sebelum anda boleh membubarkan keluarga anda.
Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada iPhone atau iPad anda
Jika anda ialah pengelola keluarga:
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik [nama ahli], kemudian ketik Keluarkan [nama ahli] daripada Keluarga.
Nota: Jika anda ialah pengelola keluarga, anda tidak boleh mengeluarkan diri anda daripada Perkongsian Keluarga.
Keluarkan ahli daripada kumpulan keluarga pada Mac anda
Jika anda ialah pengelola keluarga:
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Pilih ahli dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan .
Nota: Jika anda ialah pengelola keluarga, anda tidak boleh mengeluarkan diri anda daripada Perkongsian Keluarga.
Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda
Jika anda berusia lebih 13 tahun dan ialah ahli kumpulan perkongsian keluarga:
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik [nama anda], kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac anda
Jika anda berusia lebih 13 tahun dan ialah ahli kumpulan perkongsian keluarga:
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Dalam senarai ahli keluarga, klik Butiran di sebelah nama anda, klik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Klik Selesai.
Hentikan Perkongsian Keluarga pada iPhone atau iPad anda
Anda mestilah pengelola keluarga untuk menyahaktifkan Perkongsian Keluarga.
Pergi ke Seting > [nama anda] > Perkongsian Keluarga.
Ketik nama anda, kemudian ketik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga.
Hentikan Perkongsian Keluarga pada Mac anda
Anda mestilah pengelola keluarga untuk menyahaktifkan Perkongsian Keluarga.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga dalam bar sisi.
Pada Mac anda yang menjalankan macOS 12 atau lebih awal: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , kemudian pilih Perkongsian Keluarga.
Klik butang Butiran di sebelah nama anda, kemudian klik Hentikan Perkongsian Keluarga.