macOS 15
Cipta kata laluan untuk tapak web atau app pada Mac
Mac anda boleh menjana kata laluan untuk digunakan pada tapak web atau app.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Semua dalam bar sisi.
Klik .
Masukkan butiran tentang tapak web atau app dan nama pengguna untuk akaun anda.
Klik medan Kata Laluan, kemudian pilih Kata Laluan Kukuh atau Tanpa Aksara Khas.
Klik Simpan.
Anda juga boleh mencipta kata laluan apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan di tapak web dan dalam app. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari.