Tukar kata laluan yang lemah atau diceroboh dalam Kata Laluan pada Mac
Apabila anda mencipta dan menyimpan kata laluan anda sendiri untuk tapak web dan app, Mac anda mengenal pasti kelemahan biasa (contohnya, jika ia mudah diteka atau digunakan berbilang kali). Mac anda juga boleh memantau kata laluan anda secara selamat dan memaklumkan anda jika ia kelihatan dalam kebocoran data yang diketahui.
Tukar kata laluan lemah atau diceroboh
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Keselamatan dalam bar sisi.
Akaun dengan kata laluan yang lemah atau diceroboh disenaraikan.
Klik akaun.
Jika akaun mempunyai kata laluan lemah atau diceroboh, mesej menerangkan masalah tersebut.
Klik siri titik dalam medan Kata Laluan untuk menyalin kata laluan, supaya anda boleh menampalnya di tempat ia diminta—contohnya, apabila anda mencipta kata laluan baharu dan anda diminta untuk memasukkan kata laluan lama anda.
Klik Tukar Kata Laluan, kemudian tukar kata laluan anda di tapak web atau dalam app.
Jika tapak web atau app membenarkan anda menggunakan kunci laluan atau untuk menaik taraf ke Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memanfaatkan keselamatan dan kemudahan ciri tersebut. Jika anda tidak diberi pilihan naik taraf semasa anda menukar kata laluan anda, kebanyakan akaun membenarkan Mac anda untuk mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang anda tidak perlu ingati.
Nota: Jika amaran kelihatan tentang kata laluan untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia, anda boleh mengeluarkan akaunnya daripada Mac anda dan Rantai Kunci iCloud. Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda, klik Semua, kemudian gunakan trackpad untuk meleret ke kiri dengan dua jari pada akaun.
Sembunyikan pengesyoran keselamatan
Anda boleh menyembunyikan pengesyoran keselamatan supaya anda tidak perlu terus menyemaknya jika anda tidak dapat menanganinya.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Keselamatan dalam bar sisi.
Klik akaun.
Klik Sembunyikan.
Aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan kata laluan diceroboh
Mac anda boleh memantau kata laluan anda dan memaklumkan anda jika ia kelihatan dalam kebocoran data yang diketahui.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Pilih Kata Laluan > Seting.
Pilih atau nyahpilih Kesan Kata Laluan Diceroboh.