macOS 15
Padamkan kumpulan yang anda kongsikan kata laluan atau kunci laluan pada Mac
Jika anda menambah orang ke kumpulan untuk berkongsi kata laluan, kunci laluan atau akaun Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memadamkan kumpulan.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik kumpulan dikongsi dalam bar sisi.
Klik Urus.
Klik Padam Kumpulan, kemudian klik Padam Kumpulan (lagi).
Kata laluan, kunci laluan dan akaun Daftar masuk dengan Apple yang anda kongsikan dengan kumpulan dialihkan kembali ke rantai kunci peribadi anda. Kata laluan, kunci laluan dan akaun Daftar masuk dengan Apple yang dikongsi oleh orang lain dalam kumpulan dialihkan kembali ke rantai kunci peribadi mereka.
Petua: Tukar kata laluan atau kunci laluan yang anda kongsikan dengan kumpulan, kerana orang dalam kumpulan mungkin telah menyalinnya.