Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
- Hak Cipta
Formatkan sempang dan tanda petikan dalam Pages pada iPhone
Pages menukarkan sempang berganda (--) kepada sempang (—) secara automatik dan menukarkan tanda petikan kepada tanda petikan ikal semasa anda menaip. Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan seting ini pada bila-bila masa.
Nota: Seting ini mempengaruhi sempang dan tanda petikan—kedua-duanya sama ada aktif atau nyahaktif.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan sempang automatik
Anda boleh menyahaktifkan pemformatan sempang automatik dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak mempengaruhi sengkang dan sempang sedia ada dalam dokumen, hanya teks baharu yang anda taipkan sahaja.
Nota: Seting ini digunakan pada app lain pada peranti anda yang anda guna untuk memasukkan teks.
Ketik Seting pada skrin Utama, kemudian ketik Umum.
Ketik Papan Kekunci, kemudian ketik Tanda Baca Pintar.
Petua: Untuk menggunakan pemformatan berbeza untuk teks tertentu, tukar seting, taipkan teks, kemudian tukar semula seting.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemformatan tanda petikan automatik
Anda boleh menyahaktifkan pemformatan tanda petikan dalam app Seting pada peranti anda. Menukar seting tidak mempengaruhi tanda petikan sedia ada dalam dokumen anda, hanya teks baharu yang anda taipkan sahaja.