Pengenalan kepada dokumen pemprosesan perkataan dan tataletak halaman dalam Pages pada iPhone
Pages ialah app pemproses perkataan dan tataletak halaman yang digabungkan menjadi satu. Sebelum anda memilih templat untuk bermula, pilih jenis dokumen yang anda mahu cipta:
Pemprosesan perkataan: Digunakan untuk mencipta dokumen yang mengandungi kebanyakannya teks, seperti laporan atau surat. Dokumen ini mempunyai kawasan teks isi tempat anda menaip dan teks mengalir daripada satu halaman ke seterusnya, dengan halaman baharu dicipta secara automatik apabila anda mencapai hujung halaman.
Apabila anda membuka dokumen pemprosesan perkataan (atau templat), anda boleh sahaja mula menaip. Jika anda mahu menambah teks yang berasingan daripada teks isi utama, anda boleh menambah kotak teks. Anda juga boleh menambahkan imej, carta dan objek lain.
Tataletak halaman: Digunakan untuk mencipta dokumen dengan rekaan tersuai, seperti surat berita, buku, atau poster. Dokumen tataletak halaman ialah seperti kanvas yang anda tambahkan kotak teks, imej dan objek lain, kemudian menyusun objek pada halaman mengikut keinginan anda.
Apabila anda membuka dokumen tataletak halaman (atau templat), tiada kawasan teks isi; untuk menambah teks anda perlu menambah kotak teks dan menaip di dalamnya. Halaman baharu mesti ditambahkan secara manual.
Templat Pages direka bentuk sama ada untuk pemprosesan perkataan atau tataletak halaman. Cara anda menambah atau memadam halaman, bekerja dengan objek dan banyak lagi bergantung pada jenis templat yang anda pilih. Jika anda memulakan dokumen dengan satu jenis templat, anda boleh menukar dokumen kepada jenis yang lain. Contohnya, jika anda menyukai gaya teks, warna dan tataletak templat Surat Berita Sekolah tetapi anda mahu fleksibiliti rekaan dokumen tataletak halaman, anda boleh menukar dokumen menjadi tataletak halaman. Lihat Gunakan templat.
Cara untuk mengetahui jenis dokumen yang anda lihat
Untuk melihat sama ada templat (atau dokumen) disediakan untuk pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, bukanya. Ketik di penjuru dokumen (supaya tiada teks atau objek dipilih), ketik , ketik Pilihan Dokumen, kemudian ketik Persediaan Dokumen. Jika Isi Dokumen diaktifkan, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan; jika tidak, ia ialah dokumen tataletak halaman.