Jejak perubahan dalam Pages pada iPhone
Anda boleh menjejak perubahan pada isi teks dan teks dalam kotak teks, bentuk dan nota kaki (termasuk dokumen dan nota hujung bahagian). Apabila penjejakan diaktifkan, teks yang berubah kelihatan dalam warna berbeza daripada teks di sekelilingnya dan bar perubahan kelihatan dalam margin.
Anda boleh menyemak perubahan dijejak dan terima atau tolaknya secara individu atau sekali gus.
Nota: Jika dokumen dikongsi di iCloud dan anda mengaktifkan penjejakan perubahan, hanya orang yang menggunakan Pages pada Mac, peranti iOS, atau peranti iPadOS boleh mengedit dokumen. Orang yang tidak mempunyai app Pages dan menggunakan Pages untuk iCloud untuk bekerjasama hanya boleh melihat dokumen.
Jejak perubahan pada teks
Ketik di bahagian atas skrin.
Ketik Penjejakan Perubahan, kemudian aktifkan Penjejakan Perubahan.
Ketik dokumen untuk menutup kawalan.
Jika anda perlu membuat perubahan yang anda tidak mahu dijejak, anda boleh menjeda penjejakan perubahan, membuat perubahan dan kemudian aktifkannya semula. Ketik , ketik Penjejakan Perubahan, kemudian ketik Jeda.
Teks yang kelihatan dalam bentuk dan kotak teks pada templat halaman serta dalam objek tataletak bahagian tidak dijejaki.
Nota: Jika dokumen dikongsi pada iCloud dan anda mengaktifkan penjejakan perubahan, orang yang menggunakan Pages untuk iCloud hanya boleh melihat dokumen.
Lihat atau sembunyikan perubahan yang dijejak
Ketik , kemudian ketik Penjejakan Perubahan.
Dengan Penjejakan Perubahan diaktifkan, ketik pilihan Paparan yang anda mahukan:
Tanda: Memaparkan teks yang dipadamkan dengan garis potong perkataan dan teks baharu dalam warna berbeza daripada teks sekeliling.
Tanda Tanpa Pemadaman: Memaparkan teks baharu sahaja dalam warna berbeza daripada teks sekeliling. Teks yang dipadam tersembunyi.
Akhir: Memaparkan teks baharu dalam warna yang sama seperti teks sekeliling dan menyembunyikan teks yang dipadamkan. Pages terus menjejak perubahan, maka jika anda bertukar kepada paparan berlainan, anda boleh melihatnya.
Ketik Selesai di penjuru kanan atas skrin.
Terima atau tolak perubahan
Untuk memastikan semua perubahan dapat dilihat, ketik , ketik Penjejakan Perubahan, kemudian ketik Penanda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik tika teks yang ditanda, kemudian ketik Terima atau Tolak.
Nyahaktifkan Penjejakan Perubahan. Dialog bertanya sama ada anda mahu terima atau tolak semua perubahan.
Jika anda menolak semua perubahan, teks kembali ke keadaan dokumen sebelum anda mulakan penjejakan.
Jika anda menghantar dokumen anda kepada seseorang dan mereka membukanya dalam Pages pada iPhone atau iPad mereka, dokumen dibuka dalam Paparan Akhir (penjejakan perubahan disembunyikan). Untuk melihat penambahan dan pemadaman, mereka mesti mengetik di bahagian atas skrin.
Untuk mengetahui cara menyemak komen dalam dokumen, lihat Tambah dan cetak komen. Untuk mengetahui cara menukar nama pengarang, lihat Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Pages pada iPhone.