macOS Sequoia 15
Buka Nota Matematik daripada Kalkulator pada Mac
Jika anda mencipta nota matematik dalam app Kalkulator pada iPhone atau iPad anda, folder dipanggil Nota Matematik dicipta secara automatik dalam app Nota. Anda boleh melihat folder ini merentas semua peranti Apple anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Anda boleh membuka Nota daripada app Kalkulator pada Mac anda.
Pergi ke app Kalkulator pada Mac anda.
Pilih Paparan > Buka Nota Matematik dalam bar menu, atau tekan Command-Option-M.
Nota: Folder Nota Matematik hanya kelihatan jika anda telah mencipta nota matematik pada iPhone atau iPad anda.
Anda boleh melihat, mengedit dan menambahkan nota baharu ke folder Nota Matematik anda dalam app Nota pada Mac anda.