Dengar audio lossless dalam Apple Music pada Windows
Jika anda melanggan Apple Music, anda boleh memainkan dan memuat turun muzik yang dikodkan menggunakan Codec Audio Apple Lossless (ALAC), yang menjadikan fail lebih kecil sementara mengekalkan semua data asli dalam fail. Dalam Apple Music, muzik lossless tersedia dalam dua fomat:
Lossless: Sehingga 24 bit, 48 kHz
Lossless Hi-Res: Sehingga 24 bit, 192 kHz
Album dan lagu yang tersedia dalam lossless mempunyai butang Lossless di sebelahnya.
Nota: Apple Music dan lossless tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, pilih butang Tindakan Bar Sisi di bahagian atas bar sisi, pilih Seting, kemudian pilih Main Balik.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Aktifkan audio lossless: Aktifkan “Audio lossless”.
Pilih kualiti audio lossless semasa menstrim lagu: Pilih satu daripada pilihan daripada menu timbul Penstriman.
Pilih kualiti audio lossless semasa memuat turun lagu: Pilih satu daripada pilihan daripada menu timbul Muat Turun.