Tukar Seting Akaun anda dalam Apple Music pada Windows
Apabila anda mempunyai Apple ID, anda boleh mendaftar masuk ke Seting Akaun app Apple Music untuk melihat atau menukar maklumat akaun anda, lihat sejarah pembelian anda dan banyak lagi.
Tukar maklumat akaun anda
Dalam app Apple Music pada komputer Windows anda, daftar masuk dengan Apple ID anda jika anda belum mendaftar masuk.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih Lihat Akaun Saya.
Buat perubahan anda (butiran di bawah), kemudian pilih Selesai.
Perubahan anda akan digunakan serta-merta dan digunakan pada semua app yang anda gunakan Apple ID anda.
Ringkasan Apple ID
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Apple ID | |||||||||||
Perkongsian Keluarga (tersedia apabila anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga) | Jika anda tidak menemui app dan kandungan dikongsi keluarga anda | ||||||||||
Maklumat Bayaran | |||||||||||
Alamat Pengebilan | Jika anda perlu menukar atau mengemas kini kaedah bayaran Apple ID anda | ||||||||||
Negara/Rantau | |||||||||||
Kebenaran Komputer | Benarkan atau nyahbenarkan komputer anda untuk pembelian Apple ID |
Muat Turun dan Pembelian
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Urus Peranti (tersedia apabila anda mempunyai lebih daripada satu peranti yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama) | Lihat dan keluarkan peranti anda yang dikaitkan dengan pembelian Apple ID | ||||||||||
Pembelian Tersembunyi | Sembunyikan dan nyahsembunyikan muzik, filem, rancangan TV, buku audio dan buku |
Sejarah Pembelian
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pembelian Terbaharu (tersedia apabila anda telah membuat pembelian daripada App Store atau iTunes Store) | Nota: Jika sejarah pembelian anda kelihatan salah atau anda percaya bahawa anda telah dicaj untuk item yang anda tidak beli, lawati Tapak web Pengebilan dan Langganan. |
Akaun Apple
Pilihan | Lihat artikel Sokongan Apple | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tambahkan wang ke akaun anda |
Akses Akaun
Pilihan | Lakukan yang berikut | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Apple Music | Pilih Urus di sebelah kanan, ikuti arahan atas skrin, kemudian pilih Selesai. |
Seting
Pilihan | Lakukan yang berikut | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Panggilan | Pilih Cipta Nama Panggilan atau Edit Nama Panggilan di sebelah kanan, ikuti arahan atas skrin, kemudian pilih Hantar. | ||||||||||
Isyaratkan Saya | Pilih Urus di sebelah kanan, pilih pilihan yang anda mahukan (atau nyahpilih pilihan yang anda tidak mahukan), kemudian pilih Simpan Perubahan. | ||||||||||
Pengesyoran Diperibadikan | Pilih Urus di sebelah kanan, pilih untuk menunjukkan (atau nyahpilih untuk menyembunyikan) pengesyoran diperibadikan, kemudian pilih Simpan Perubahan. | ||||||||||
Benarkan Rakan Mencari Anda | Pilih Dayakan atau Nyahdayakan. | ||||||||||
Langganan | Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda mahu membatalkan langganan daripada Apple. | ||||||||||
Pratempah | Lihat artikel Sokongan Apple Lihat atau batalkan pratempahan untuk app, filem, muzik atau buku. |