Laraskan kelantangan dalam Muzik pada Mac
Anda boleh menukar kelantangan untuk semua lagu atau lagu individu, atau setkan lagu untuk bermain pada kelantangan yang sama. Di samping mendengar speaker terbina dalam komputer, anda boleh mendengar audio dalam app Muzik menerusi speaker lain seperti speaker HomePod atau Bluetooth®.
Dalam app Muzik pada Mac anda, mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music, mainkan radio Apple Music, dengar siaran internet, atau mainkan CD.
Untuk mengawal kelantangan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar kelantangan untuk semua lagu (seperti memusing tombol kelantangan pada stereo): Gunakan gelangsar kelantangan di bahagian atas tetingkap Muzik.
Kelantangan maksimum dihadkan oleh seting kelantangan komputer anda.
Laraskan kelantangan bagi lagu atau muzik video tertentu: Pilihnya, pilih Lagu > Info, klik Pilihan, kemudian seret gelangsar kelantangan.
Setkan semua lagu dan video muzik untuk sentiasa bermain pada kelantangan yang sama: Pilih Muzik > Seting, klik Main Balik, kemudian pilih Periksa Bunyi.
Untuk menggunakan speaker selain daripada yang terbina dalam, klik butang AirPlay , kemudian pilih kotak semak bersebelahan speaker. Speaker jenis ini adalah disokong:
Peranti didayakan AirPlay atau AirPlay 2, termasuk HomePod mini, atau rangkaian speaker (sebagai contoh, Apple TV dimainkan melalui speaker TV). Lihat Gunakan HomePod dengan Mac.
Peranti Bluetooth, termasuk fon kepala wayarles seperti AirPods. Lihat Gunakan AirPods dengan Mac anda.
Speaker jauh disambungkan ke AirPort Express. Lihat Sediakan speaker wayarles untuk berfungsi dengan Mac.