Tandakan perbualan sebagai belum dibaca dalam Mesej pada Mac
Anda boleh menandakan perbualan sebagai belum dibaca supaya anda boleh kembali padanya kemudian apabila anda mempunyai masa untuk membalas.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Dalam bar menu, pilih Perbualan > Tandakan sebagai Belum Dibaca.
Control-klik perbualan, kemudian pilih Tandakan sebagai Belum Dibaca.
Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret ke kanan dengan dua jari pada perbualan dalam bar sisi, kemudian klik .
Petua: Anda juga boleh menandakan beberapa perbualan sebagai belum dibaca pada masa yang sama. Pilih perbualan dalam bar sisi, Control-klik, kemudian pilih Tandakan sebagai Belum Dibaca.
Untuk menandakan perbualan sebagai dibaca, pilih Perbualan > Tandakan sebagai Dibaca.
Untuk melihat senarai mesej anda yang belum dibaca, pilih Paparan > Mesej Belum Dibaca.