Lihat kesan khas dalam Mesej pada Mac
Semasa perbualan, anda mungkin menerima mesej dengan kesan istimewa, seperti mesej dalam dakwat halimunan, mesej tulisan tangan atau denyutan jantung Digital Touch. Anda boleh melihat item ini terus dalam perbualan atau dalam paparan Info.
Petua: Dwiklik perbualan dalam bar sisi untuk membukanya dalam tetingkapnya sendiri.
Lihat item dengan dakwat halimunan atau kesan mesej lain
Pada Mac dengan macOS 11 atau lebih baharu atau pada iPhone atau iPad, sebarang jenis item (seperti mesej atau video) boleh dihantar secara dikaburkan dengan dakwat halimunan. Kesan mesej lain seperti animasi gelembung (seperti kesan hentaman) atau animasi skrin (seperti bunga api) kelihatan pada macOS 11 atau lebih baharu; pada versi macOS lebih awal, orang melihat teks deskriptif, seperti “dihantar dengan Kesan Hentaman”.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Tahan penuding di atas item yang dihantar dengan dakwat halimunan untuk “mengelap” dan melihat item. Item sekali lagi dikaburkan apabila anda mengalihkan penuding anda.
Kesan mesej lain dipaparkan secara automatik. Untuk melihat kesan lagi, klik butang Main Semula di bawah mesej.
Lihat item daripada peranti iOS dan iPadOS
Pada model iPhone dan iPad tertentu, orang boleh menghantar mesej tulisan tangan dan elemen Digital Touch kepada anda (seperti lakaran atau denyutan jantung) dan menghantar bayaran dengan Apple Cash. Sesetengah item ini hanya boleh dilihat pada iPhone atau iPad, tetapi anda boleh melihat yang lain pada Mac anda.
Nota: Jika seseorang menghantar bayaran atau permintaan Apple Cash, anda boleh melihatnya pada Mac anda, tetapi anda hanya boleh membalas pada iPhone atau iPad anda.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Untuk melihat mesej tulisan tangan dan elemen Digital Touch, dwiklik item dalam perbualan.
Tetingkap Melihat Cepat terbuka.
Untuk menyimpan item sebagai fail imej, seretnya ke desktop atau dokumen anda.