Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Cipta kad kenalan menggunakan Mesej pada Mac
Anda boleh mencipta kad kenalan untuk rakan terus daripada app Mesej. Selepas anda mencipta kad kenalan, anda boleh menghantar mesej ke orang itu dengan mudah dengan menaip nama mereka dalam medan Kepada dalam tetingkap Mesej, atau dengan mengklik butang Tambah bersebelahan medan Kepada dan memilih mereka daripada senarai.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan, kemudian pilih Kawan > Cipta Kenalan Baru.
Jika anda melihat Tunjukkan Kad Kenalan dan bukannya Cipta Kenalan Baru, anda telah mempunyai kad untuk orang itu.
Isikan medan dalam kad kenalan. Pastikan untuk masukkan sebarang akaun mesej segera yang anda mahu gunakan untuk menghantar mesej kepada orang itu.