Hantar dan simpan GIF dalam Mesej pada Mac
Anda boleh mencari #imej untuk mencari ratusan GIF popular yang anda boleh tambahkan ke perbualan anda dan menyimpan GIF yang orang lain hantar kepada anda (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Tambahkan GIF daripada #imej
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan.
Klik di sebelah kiri medan mesej, klik , kemudian lakukan satu daripada berikut:
Pilih imej atau GIF popular daripada senarai.
Untuk mencari GIF khusus, klik “Cari imej”, masukkan kata kunci (seperti “hari lahir”), kemudian klik Cari.
Untuk menyertakan mesej tulisan tangan dalam imej, taipkannya dalam medan, kemudian tekan Return.
Nota: GIF daripada #imej hanya beranimasi dalam app Mesej pada peranti Apple.
Simpan GIF
Anda boleh menyimpan GIF yang anda terima dalam mesej untuk digunakan kemudian.
Pergi ke app Mesej pada Mac anda.
Pilih perbualan yang menyertakan GIF yang anda mahu simpan.
Control-klik GIF, kemudian pilih Simpan.
GIF disimpan ke app Foto.