Minta atau lihat lokasi seseorang dalam Mesej pada Mac
Anda boleh berkongsi lokasi anda dengan seseorang menggunakan app Mesej dan Cari pada Mac, iPhone atau iPad. Apabila seseorang berkongsi lokasi mereka dengan anda, anda boleh melihatnya pada peta dalam Mesej. Anda juga boleh meminta seseorang untuk berkongsi lokasi mereka dengan anda.
Nota: Anda dan orang lain perlu mendaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID anda untuk berkongsi lokasi.
Lihat lokasi seseorang
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Info di penjuru kanan atas perbualan.
Peta kelihatan apabila orang berkongsi lokasi mereka; klik peta untuk membesarkannya.
Klik butang di bawah peta untuk membuka app Peta dan menyemak keadaan trafik, maklumat transit dan butiran lain.
Minta lokasi seseorang
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih perbualan.
Klik butang Info di penjuru kanan atas perbualan, kemudian klik Minta Lokasi.
Secara pilihan, masukkan mesej, kemudian tekan Return.
Permintaan dihantar kepada orang tersebut, meminta mereka untuk berkongsi lokasi mereka.