Kongsi skrin menggunakan Mesej pada Mac
Apabila anda mempunyai perbualan dengan seseorang dalam Mesej, anda boleh berkongsi skrin anda dengan mereka, atau mereka boleh berkongsi skrin mereka dengan anda. Ia merupakan cara yang hebat untuk bekerja bersama-sama dalam satu projek atau membantu rakan membuat sesuatu pada komputer mereka.
Kongsi skrin
Dalam app Mesej pada Mac anda, hantar mesej kepada orang anda mahu berkongsi, kemudian klik butang Butiran .
Untuk mencari kenalan dan kandungan dalam perbualan, klik dalam medan Carian di penjuru kiri atas dan masukkan perkara yang anda cari. Atau, pilih daripada kenalan yang dicadangkan, pautan, foto dan banyak lagi.
Anda tidak boleh menghantar mesej kepada seseorang yang dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Klik butang Tambah , kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut.
Kongsi skrin anda: Pilih Jemput untuk Kongsi Skrin Saya.
Lihat skrin rakan anda: Pilih Minta untuk Kongsi Skrin.
Apabila permintaan perkongsian skrin diterima, panggilan audio bermula secara automatik (jadi anda boleh bercakap sambil bekerja) dan app Perkongsian Skrin dibuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan app Perkongsian Skrin, lihat Kongsi skrin Mac lain.
Untuk hentikan perkongsian skrin, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda berkongsi skrin anda: Klik dalam bar menu, kemudian pilih Tamatkan Perkongsian Skrin. (Jika anda tidak bersedia untuk berhenti lagi, pilih Jeda Perkongsian Skrin; pilihnya sekali lagi untuk teruskan perkongsian.)
Jika anda melihat skrin rakan anda: Pilih Perkongsian Skrin > Keluar daripada Perkongsian Skrin.
Petua: Tidak mahu seseorang menghantar jemputan perkongsian skrin pada anda? Apabila anda menerima jemputan daripada mereka, tahan penuding ke atas butang Tolak, klik , kemudian klik Sekat Pengguna.
Jika anda tidak boleh berkongsi skrin
Dalam app Mesej pada Mac anda, jika butang Kongsi dimalapkan, cuba yang berikut:
Pastikan orang yang anda cuba berkongsi didaftar masuk pada iCloud menggunakan Apple ID yang sama mereka gunakan untuk daftar masuk ke Mesej.
Jika mereka tidak boleh mendaftar masuk ke iCloud dan Mesej menggunakan Apple ID yang sama, buka app Kenalan anda dan pastikan kad kenalan anda untuk orang tersebut termasuk kedua-dua Apple ID—yang mereka gunakan untuk daftar masuk ke iCloud dan yang mereka gunakan dalam Mesej. Kemudian cuba berkongsi sekali lagi. (Lihat Cipta kenalan baru.)
Petua: Anda juga boleh berkongsi skrin tanpa menggunakan app Mesej, menggunakan perkongsian skrin macOS. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan perkongsian skrin Mac.
Benarkan seseorang mengawal skrin anda
Apabila anda berkongsi skrin anda dengan seseorang, anda juga boleh benarkan mereka untuk mengawal skrin anda, yang memberikan mereka akses lengkap pada komputer anda.
AMARAN: Hanya benarkan orang yang anda percaya untuk mengawal skrin anda. Mereka boleh berbuat apa saja yang anda boleh buat pada komputer anda—buka app, cipta atau padam dokumen, salin fail daripada komputer anda pada komputer mereka dan seterusnya.
Pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menerima jemputan untuk berkongsi skrin anda: Klik Terima dalam jemputan. Mesej bertanya jika anda mahu benarkan orang lain mengawal skrin anda, atau hanya memerhatinya. Pilih “Kawal skrin saya,” kemudian klik Terima.
Jika anda mahu memulakan perkongsian skrin: Jemput rakan anda untuk berkongsi skrin mereka. Selepas mereka terima, klik dalam bar menu, kemudian pilih “Benarkan [nama] untuk mengawal skrin saya” supaya ada tanda semak di sebelahnya.
Untuk mengambil balik kawalan skrin anda—tetapi masih membenarkan orang lain melihatnya—klik dalam bar menu, kemudian pilih “Benarkan [nama] untuk mengawal skrin saya” untuk mengeluarkan kotak semak.
Jika anda tidak memberi seseorang kawalan skrin, mereka masih boleh mengklik untuk menyerlahkan kawasan pada skrin anda.