Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sekat teks dalam Mesej pada Mac
Jika anda menggunakan iMessage untuk menghantar mesej teks, anda boleh berhenti menerima mesej teks daripada sesetengah orang.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Disekat, klik butang Tambah dan masukkan alamat iMessage yang anda ingin sekat.
Petua: Pada peranti iOS atau iPadOS anda, sekat mesej teks tanpa mencipta kenalan baru. Lihat artikel Sokongan Apple Sekat nombor telefon, kenalan dan e-mel pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Jika anda menerima mesej e-mel yang anda tidak mahu, anda boleh menyekatnya dalam app Mail. Lihat Sekat pengirim dalam Mail.