Sekat teks dalam Mesej pada Mac
Jika anda menggunakan iMessage untuk menghantar mesej teks, anda boleh berhenti menerima mesej teks daripada sesetengah orang.
Dalam app Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Keutamaan, kemudian klik iMessage.
Dalam anak tetingkap Disekat, klik butang Tambah dan masukkan alamat iMessage yang anda ingin sekat.
Petua: Pada peranti iOS anda, sekat mesej teks tanpa mencipta kenalan baru. Lihat artikel Sokongan Apple Sekat nombor telefon dan kenalan pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Jika anda menerima mesej e-mel yang anda tidak mahu, anda boleh menguruskannya dalam app Mail. Hanya cipta peraturan dalam Mail yang mengalihkan e-mel dari orang yang anda tentukan ke Sampah atau peti mel lain secara automatik. Lihat Gunakan peraturan untuk menguruskan e-mel yang anda terima dalam Mail pada Mac.