Simpan lokasi kegemaran dalam Peta pada Mac
Anda boleh menambah lokasi ke kegemaran supaya anda boleh merujuknya kemudian dengan mudah.
Simpan lokasi
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Klik lokasi yang anda mahu simpan pada peta, skrol ke bahagian bawah kad tempat, kemudian klik Tambah ke Kegemaran.
Klik butang Baharu dalam bar alat, pilih Tambah Tempat Baharu ke, pilih Kegemaran, kemudian cari lokasi untuk ditambah.
Dapatkan arah ke lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, klik lokasi yang anda mahu dapatkan arah (dalam bar sisi di bawah Kegemaran), kemudian klik Arah dalam kad tempat.
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Jika lokasi semasa anda ditunjukkan, Peta menggunakannya sebagai lokasi permulaan anda, tetapi anda boleh masukkan lokasi berlainan. Anda boleh menyeret butang Susun Semula bersebelahan lokasi untuk menukar lokasi bermula dan berakhir anda.
Namakan semula lokasi kegemaran
Jika anda menyimpan pin ke kegemaran, anda boleh menamakannya semula.
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Info di sebelah lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Jika kegemaran anda tidak ditunjukkan, klik anak panah .
Klik dalam medan Nama, padamkan nama sebelumnya, kemudian taipkan nama baharu.
Padam lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, Control-klik lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran), kemudian pilih Keluarkan daripada Kegemaran.
Jadikan alamat rumah, tempat kerja atau sekolah anda sebagai lokasi kegemaran
Dalam app Peta pada Mac anda, klik butang Info di sebelah lokasi (dalam bar sisi di bawah Kegemaran).
Di bawah Jenis, pilih “Rumah saya”, “Tempat kerja saya”, atau “Sekolah saya”, kemudian klik Kemas Kini.