Cari lokasi dalam Peta pada Mac
Anda boleh mencari alamat, perniagaan, mercu tanda dan banyak lagi—sama ada ia dekat atau jauh—dan mendapatkan maklumat tentang lokasi.
Siri: Cakap sesuatu seperti:
“Cari kedai kopi berdekatan saya”
“Apakah cara paling cepat untuk ke Menara KL?”
Cari lokasi
Dalam app Peta pada Mac anda, klik dalam medan carian, kemudian masukkan alamat atau maklumat lain. Contohnya:
Persimpangan (“ke-8 dan pasar”)
Kawasan (“desa greenwich”)
Mercu tanda (“Guggenheim“)
Kod zip (“60622”)
Perniagaan (“filem”, “restoran San Francisco” atau “apple inc”.)
Butiran tentang lokasi (“Restoran Itali” atau “Kafe dengan Wi-Fi”)
Koordinat GPS (“37.8199 U, 122.4783 B”)
Klik hasil dalam senarai untuk menunjukkannya dalam Peta.
Dapatkan maklumat tentang lokasi
Dalam app Peta pada Mac anda, klik lokasi pada peta, kemudian skrol ke bawah dalam kad tempat.
Kad tempat boleh menunjukkan alamat lokasi, jenis lokasi (sebagai contoh, mercu tanda atau perniagaan), jarak dari lokasi semasa anda, penilaian dan ulasan, serta banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan arah, menambah lokasi ke kegemaran atau kenalan anda atau laporkan isu.
Untuk menutup kad tempat, klik di luar kad.
Untuk membuka peta dalam tetingkap lain, pilih Fail > Tetingkap Baharu. Untuk membuka peta dalam tab lain, pilih Fail > Tab Baharu.
Anda juga boleh membuka peta daripada app seperti Mail, Kenalan dan Kalendar. Sebagai contoh, dalam mesej Mail, tahan penuding di atas alamat, kemudian klik anak panah yang muncul.