Pintasan papan kekunci dalam Mail pada Mac
Dalam app Mail pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Mail di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Mulakan e-mel baharu | Command-N |
Buka tetingkap pemapar Mail baharu | Option-Command-N |
Buka tab baharu dalam tetingkap pemapar Mail | Option-Shift-Command-N Anda juga boleh menekan dan menahan kekunci Shift sambil memilih Fail > Tab Pemapar Baharu. |
Shift-Command-A | |
Tampal teks ke dalam e-mel anda sebagai petikan | Shift-Command-V |
Tambah e-mel dipilih ke e-mel anda | Option-Command-I |
Tunjukkan medan alamat Skt dalam e-mel anda | Option-Command-B |
Tunjukkan medan alamat Balas-Kepada dalam e-mel anda | Option-Command-R |
Dapatkan e-mel baharu | Shift-Command-N |
Option-Command-J | |
Hantar e-mel | Shift-Command-D |
Batal hantar e-mel | Command-Z |
Balas kepada e-mel yang dipilih | Command-R |
Balas Semua kepada e-mel yang dipilih | Shift-Command-R |
Majukan e-mel yang dipilih | Shift-Command-F |
Hala semula kepada e-mel yang dipilih | Shift-Command-E |
Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi Mail | Control-Command-S |
Dayakan atau nyahdayakan Penapis Mesej untuk peti mel semasa | Command-L |
Tandakan e-mel sebagai dibaca atau belum dibaca dalam Mail pada Mac | Shift-Command-U |
Alihkan e-mel dipilih ke peti mel Sampah | Shift-Command-J |
Control-Command-A | |
Control-Command-L | |
Formatkan semua e-mel semasa sebagai Teks Biasa atau Format Teks Beraneka | Shift-Command-T |
Tunjukkan tetingkap pemapar Mail | Command-0 |
Tunjukkan tetingkap Aktiviti Mail | Control-Command-0 |
Tutup semua tetingkap Mail | Option-Command-W |