Apa yang baru dalam Mail pada Mac?
App Mail dakan macOS Catalina menawarkan ciri baru untuk menghantar, menerima dan melihat mesej e-mel.
Anda boleh menyahlanggan daripada senarai mel secara terus dalam Mail semasa membaca e-mel anda.
Anda boleh senyapkan perbualan untuk mengurangkan hingar dalam Peti Masuk anda daripada jalur yang terlalu aktif.
Anda boleh menyekat mesej daripada pengirim tertentu dan mengalihkan mesej mereka secara terus ke Sampah apabila ia tiba.
Anda boleh melihat mesej dalam tataletak lajur ringkas, dengan pratonton mesej di bawah atau bersebelahan senarai mesej.
Anda boleh menyerlahkan perbualan dalam senarai mesej supaya ia lebih mudah dicari.
Anda boleh menandatangani lampiran menggunakan iPhone atau iPad berhampiran anda sebelum anda menghantarnya.
Anda boleh memasukkan lakaran daripada iPhone atau iPad berhampiran anda secara terus ke dalam mesej yang anda sedang tulis.