cadangan menaip
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, Touch Bar boleh menunjukkan perkataan atau frasa yang anda mungkin mahu gunakan seterusnya (dipanggil cadangan menaip), untuk membantu anda menjimatkan masa.
Tunjukkan cadangan menaip: Ketik .
Jika anda tidak melihat dalam Touch Bar, pilih Paparan > Sesuaikan Touch Bar, kemudian pilih “Tunjukkan cadangan menaip.” Atau pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, klik Teks, kemudian pilih “Cadangan menaip Touch Bar.”
Gunakan cadangan menaip: Ketik perkataan, frasa, atau emoji. Pembetulan ejaan ditunjukkan dengan warna biru.
Sembunyikan cadangan menaip: Ketik dalam Touch Bar.