Kawal akses ke kalendar anda pada Mac
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kalendar anda untuk menyediakan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin menggunakan kalendar anda untuk membantu anda menjadualkan peristiwa.
Anda boleh tentukan app yang dibenarkan untuk menggunakan maklumat kalendar anda.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kalendar di sebelah kanan.
Aktifkan atau nyahaktifkan akses ke kalendar anda untuk setiap app dalam senarai.
Jika anda mengaktifkan akses untuk app, klik Pilihan untuk memberikan app akses penuh kepada kalendar anda, atau hanya membenarkannya untuk menambahkan peristiwa ke kalendar anda.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan maklumat kalendar anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Jika anda ialah pentadbir sistem dan mahukan maklumat tentang mengerahkan seting keselamatan, lihat Pengerahan Platform Apple.