Buka app daripada pembangun yang tidak dapat dikenal pasti
Jika anda cuba membuka app yang tidak didaftarkan dengan Apple oleh pembangun yang dikenal pasti, anda akan mendapat dialog amaran. Ini tidak semestinya bermaksud bahawa sesuatu yang tidak betul dengan app tersebut. Sebagai contoh, sesetengah app ditulis sebelum pendaftaran ID pembangun bermula. Walau bagaimanapun, app belum disemak semula dan macOS tidak dapat menyemak sama ada app telah diubah suai atau rosak semenjak ia dikeluarkan.
Cara biasa untuk mengedarkan perisian hasad adalah dengan mengambil app dan memasukkan kod berbahaya ke dalamnya, kemudian mengedarkan semula app yang dijangkiti. App yang tidak didaftarkan oleh pembangun tidak dikenal pasti mungkin mengandungi kod yang berbahaya.
Pendekatan yang paling selamat adalah untuk mencari versi terkini app daripada Mac App Store untuk app alternatif.
Untuk menggantikan seting keselamatan anda dan buka app juga:
Dalam Finder, cari app yang anda mahu buka.
Jangan guna Launchpad untuk lakukan ini. Launchpad tidak membenarkan anda untuk akses menu pintasan.
Control-klik ikon app, kemudian pilih Buka dari menu pintasan.
Klik Buka.
App disimpan sebagai pengecualian kepada seting keselamatan anda dan anda boleh membukanya pada masa akan datang dengan dwikliknya, seperti sebarang app lain yang didaftarkan.
Nota: Anda juga boleh memberi pengecualian kepada app disekat dengan mengklik butang Buka Juga dalam anak tetingkap Umum pada keutamaan Keselamatan & Privasi. Butang ini tersedia selama sejam selepas anda cuba membuka app tersebut.
Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Keselamatan & Privasi, kemudian klik Umum.
Untuk mengubah seting keselamatan anda, lihat Melindungi Mac anda daripada perisian hasad.