Terima, jeda, atau hentikan pemberitahuan pada Mac
Kebanyakan app pada Mac anda menggunakan pemberitahuan untuk memberitahu anda tentang peristiwa, kemas kini, atau perubahan. Pemberitahuan muncul secara ringkas di penjuru kanan atas desktop atau kekal di sana sehingga anda menutupnya.
Lihat pemberitahuan
Pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Kembangkan atau runtuhkan tindanan pemberitahuan: Jika pemberitahuan app dihimpunkan, berbilang pemberitahuan ditindan. Untuk mengembangkan tindanan dan melihat semua pemberitahuan, klik di mana-mana sahaja dalam pemberitahuan atas. Untuk meruntuhkan tindanan, klik Tunjukkan kurang.
Ambil tindakan: Klik tindakan. Sebagai contoh, klik Tidur dalam pemberitahuan daripada app Kalendar, atau klik Balas dalam pemberitahuan daripada app Mail.
Jika tindakan mempunyai anak panah di sebelahnya, klik anak panah untuk lebih pilihan. Sebagai contoh, untuk membalas panggilan menggunakan app Mesej, klik anak panah bersebelahan Tolak, kemudian pilih Balas dengan Mesej.
Lihat lebih butiran: Klik pemberitahuan untuk membuka item dalam app. Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah untuk melihat butiran dalam pemberitahuan.
Tukar seting pemberitahuan app: Jika anak panah ditunjukkan di sebelah kanan nama app, klik anak panah, klik butang Lagi , kemudian pilih pilihan:
Hantar Dengan Senyap: Pemberitahuan tidak ditunjukkan di penjuru kanan atas skrin atau pada skrin kunci (ia ditunjukkan dalam Pusat Pemberitahuan) dan bunyi tidak dimainkan apabila anda menerima pemberitahuan.
Hantar Dengan Menonjol: Pemberitahuan ditunjukkan di penjuru kanan atas skrin dan pada skrin kunci (dan dalam Pusat Pemberitahuan) dan bunyi dimainkan apabila anda menerima pemberitahuan.
Nyahaktifkan: Pemberitahuan tidak diterima. Untuk mengaktifkan pemberitahuan lagi untuk app, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Pemberitahuan, pilih app di sebelah kiri, kemudian klik Benarkan Pemberitahuan di sebelah kanan (biru menandakan pemberitahuan diaktifkan).
Keutamaan Pemberitahuan: Lihat seting pemberitahuan app dalam keutamaan Pemberitahuan.
Kosongkan pemberitahuan tunggal atau semua pemberitahuan dalam tindanan: Klik butang Kosongkan atau Kosongkan Semua .
Jeda pemberitahuan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan.
Dalam keutamaan Pemberitahuan, pilih Jangan Ganggu di sebelah kiri, kemudian setkan pilihan.
Apabila Jangan Ganggu aktif, ikon Jangan Ganggu ditunjukkan dalam bar menu. Anda tidak melihat atau mendengar pemberitahuan apabila ia tiba; ia dikumpul dalam Pusat Pemberitahuan yang anda boleh melihatnya nanti.
Untuk mengaktifkan Jangan Ganggu dengan cepat, anda boleh menggunakan Pusat Kawalan, menekan dan menahan kekunci Option sementara anda mengklik tarikh dan masa dalam bar menu, atau tekan (jika tersedia dalam baris kekunci fungsi pada papan kekunci). Lihat Gunakan Jangan Ganggu pada Mac anda.
Hentikan pemberitahuan
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan.
Dalam keutamaan Pemberitahuan, pilih app di sebelah kiri, kemudian nyahpilih pilihan Benarkan Pemberitahuan untuk app.
Semua pilihan pemberitahuan lain untuk app dimalapkan. Anda tidak menerima pemberitahuan untuk app sehingga anda mengesetkan pilihan untuk membenarkannya.