Sediakan ciri iCloud pada Mac
Selepas anda mendaftar masuk dengan Apple ID anda, anda boleh memilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan.
Penting: Untuk menyediakan Mesej dalam iCloud untuk berkongsi semua mesej anda merentasi peranti, buka Mesej pada Mac anda, pilih Mesej > Seting, klik iMessage, klik Seting, kemudian pilih kotak semak Dayakan Mesej dalam iCloud. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan Mesej dalam iCloud, lihat Akses mesej anda pada semua peranti Apple anda.
Untuk menyediakan ciri iCloud pada peranti iOS atau iPadOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, lihat artikel Sokongan Apple Tukar app yang menyelaras dan menyimpan data dengan iCloud.
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan.
Lakukan mana-mana yang berikut (jika ciri tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua):
Klik ciri iCloud (seperti iCloud Drive atau Mail), kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Selaraskan Mac ini.
Jika Selaraskan Mac Ini tidak ditunjukkan, klik Aktifkan atau Nyahaktifkan.
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri iCloud (seperti Kalendar atau Peringatan).
Sesetengah ciri mempunyai seting tambahan yang anda boleh tukar apabila ciri aktif. Klik nama ciri, kemudian laraskan seting.
Naik taraf ke iCloud+
Naik taraf ke iCloud+ untuk mendapatkan lebih banyak storan dan ciri premium, termasuk Geganti Peribadi iCloud, perkhidmatan yang melindungi privasi anda dalam talian; Sembunyikan E-mel Saya, cara mudah untuk mencipta alamat e-mel unik dan rawak pada bila-bila masa anda memerlukannya; serta sokongan dikembangkan untuk rakaman Video Selamat HomeKit supaya anda boleh menyediakan lebih banyak kamera keselamatan rumah. Lihat Apakah iCloud+?
Nota: iCloud+ mungkin tidak tersedia dalam semua negara atau rantau. Lihat halaman web Ketersediaan Ciri macOS.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, kemudian klik Urus.
Klik Tukar Pelan Storan atau Tambah Storan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Naik Taraf: Pilih jumlah storan yang anda mahukan, klik Langgan iCloud+ atau Seterusnya, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Turun Taraf: Klik butang Pilihan Turun Taraf, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Turun taraf berkesan selepas langganan bulanan atau tahunan semasa anda tamat. Jika anda turun taraf ke 5 GB storan, anda akan kehilangan akses ke ciri iCloud+. Jika storan iCloud anda melebihi kapasiti pelan storan baharu anda, iCloud tidak akan menyelaraskan atau mengemas kini maklumat anda sehingga anda meningkatkan kapasiti storan anda atau memadamkan maklumat untuk menyediakan lebih banyak ruang.
Aktifkan Foto iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, klik Foto, kemudian aktifkan Selaraskan Mac ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan iCloud dalam Foto, lihat Gunakan Foto iCloud.
Selepas anda mengaktifkan Foto iCloud, anda boleh menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud untuk bekerjasama dengan sehingga lima ahli keluarga atau rakan pada koleksi foto dan video dikongsi.
Aktifkan Rantai Kunci iCloud
Jika Apple ID anda disediakan untuk pengesahan dua faktor dan Mac anda memerlukan kata laluan log masuk, anda selesai menyediakan Rantai Kunci iCloud apabila anda mengaktifkan Kata Laluan & Rantai Kunci dalam seting iCloud. Jika tidak, apabila anda mengaktifkan Kata Laluan & Rantai Kunci, anda digesa untuk menaik taraf bagi menggunakan pengesahan dua faktor. Ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan pengesahan dua faktor dan pastikan Mac anda disediakan untuk memerlukan kata laluan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud untuk mengisi auto maklumat.
Aktifkan Cari Mac Saya
Apabila anda mengaktifkan Cari Mac Saya, anda perlu membenarkannya menggunakan lokasi Mac anda. Lihat Sediakan Cari.
Nota: Ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan. Lihat halaman web Ketersediaan Ciri macOS.
Untuk menyediakan iCloud pada peranti iOS atau iPadOS, atau komputer Windows anda, lihat Daftar masuk ke iCloud pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.