Sediakan iCloud pada Mac anda
Untuk menggunakan iCloud pada Mac, anda perlu mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID sedia ada, atau baru anda, kemudian pilih ciri iCloud yang anda mahu gunakan.
Nota: Jika anda sudah mendaftar masuk ke iCloud, anda boleh menukar seting iCloud anda pada bila-bila masa.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Masukkan Apple ID anda (atau klik Cipta Apple ID), masukkan kata laluan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Penting: Pastikan anda menggunakan Apple ID yang sama apabila mendaftar masuk ke iCloud pada semua peranti anda. Dengan cara itu, tidak kira peranti mana yang anda gunakan, anda mempunyai akses yang sama ke foto, fail desktop dan dokumen, mail, kenalan, kalendar, nota, peringatan, serta dokumen dan data lain yang disimpan di iCloud.
Selepas mendaftar masuk, anda mungkin mahu memastikan yang anda mendaftar masuk ke iTunes Store, App Store dan iBooks Store, serta Mesej dan FaceTime, menggunakan Apple ID anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, buka app, pilih Bantuan > Bantuan [nama app], kemudian semak semula topik tentang menyediakan akaun anda dan daftar masuk.
Anda juga boleh menyediakan iTunes Store, App Store dan iBooks Store untuk muat turun secara automatik pembelian kedai yang dibuat pada peranti lain anda.
Untuk menyediakan iCloud pada peranti iOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan iCloud pada semua peranti anda.