Uruskan storan iCloud pada Mac
Apabila anda daftar untuk iCloud, anda mendapat 5 GB storan percuma secara automatik. Storan iCloud anda digunakan untuk dokumen disimpan di dalam iCloud Drive, Foto iCloud, sandaran peranti iOS, mesej dan lampiran di dalam iCloud Mail (akaun e-mel @icloud.com anda) dan banyak lagi. Jika anda kehabisan ruang, anda boleh menaik taraf storan anda. Anda juga boleh keluarkan item disimpan untuk menjadikan lebih banyak ruang tersedia.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengurus storan iCloud menggunakan peranti iOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Lihat dan uruskan storan iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Uruskan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Naik taraf storan anda: Klik Beli Lebih Banyak Storan atau Ubah Rancangan Storan, pilih jumlah storan yang anda mahu, kemudian ikut arahan.
Apabila anda membeli naik taraf storan iCloud, ia dibilkan ke akaun Apple ID anda. Jika anda berada dalam kumpulan Perkongsian Keluarga dan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk kongsi pembelian keluarga, naik taraf akan dibilkan ke akaun pengurus keluarga.
Lihat bagaimana app atau ciri menggunakan storan: Pilih app atau ciri di sebelah kiri, kemudian baca maklumat penggunaan di sebelah kanan.
Keluarkan sandaran peranti iOS: Klik Sandaran di sebelah kiri, pilih peranti iOS di sebelah kanan yang sandarannya tidak diperlukan, kemudian klik Padam (di bawah senarai sandaran). Jika anda tidak melihat Sandaran di sebelah kiri, peranti iOS anda tidak mempunyai sandaran iCloud.
AMARAN: Jika anda memadamkan sandaran iCloud untuk peranti iOS semasa anda, iCloud akan berhenti membuat sandaran peranti secara automatik.
Padam item daripada storan iCloud
Anda boleh menyimpan salinan dokumen sebelum mengeluarkannya daripada iCloud.
Pada Mac anda, klik ikon Finder dalam Dock, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder.
Seret item daripada pemacu iCloud ke folder lain dalam bar sisi Finder atau pada desktop, seperti Muat Turun, Filem, Muzik dan Gambar. Lihat Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan dokumen pada Mac dan peranti iOS anda.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Uruskan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan semua dokumen dan data untuk app secara kekal: Pilih app di sebelah kiri, kemudian klik butang Padam Dokumen dan Data di sebelah kanan. Sesetengah app mempunyai arahan di sebelah kanan untuk mengeluarkan dokumen dan data daripada iCloud dan bukannya butang.
AMARAN: Jika anda memadamkan dokumen dan data app, ia akan dikeluarkan serta-merta daripada iCloud, daripada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive, serta daripada iCloud Drive di iCloud.com.
Anda juga boleh mengeluarkan dokumen secara individu. Klik ikon Finder dalam Dock, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian seret item daripada iCloud Drive ke Sampah.
Anda boleh gunakan Seting di iCloud.com untuk memulihkan fail yang anda padam daripada iCloud Drive dalam 30 hari sebelumnya. Lihat Pulihkan fail yang dipadamkan pada iCloud.com dalam Bantuan iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara untuk kosongkan ruang storan iCloud menggunakan peranti iOS anda, lihat gambaran keseluruhan pengurusan storan iCloud dalam Bantuan iCloud.