Apakah iCloud?
iCloud menyimpan foto, video, dokumen, muzik, app dan banyak lagi dengan selamat—dan pastikanya dikemas kini merentasi semua peranti anda. Dengan iCloud, anda boleh berkongsi foto, kalendar, lokasi dan banyak lagi dengan rakan dan keluarga dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan iCloud untuk membantu anda mencari peranti anda jika anda kehilangannya.
Untuk bermula, hanya sediakan iCloud pada Mac anda dan pada peranti iOS, Apple Watch, Apple TV dan juga komputer Windows anda.
Untuk menyediakan iCloud pada peranti iOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan iCloud pada semua peranti anda.
Inilah beberapa cara anda boleh menggunakan iCloud.
Pastikan foto anda terkini Pustaka Foto iCloud menyimpan semua foto dan video anda dengan selamat dan memastikannya terkini pada Mac anda, peranti iOS anda, Apple TV dan iCloud.com. Sebarang pengeditan yang anda lakukan dalam app Foto dikemas kini secara automatik di semua tempat. Juga dengan Perkongsian Foto iCloud, mudah untuk anda berkongsi foto dan video dengan orang yang dipilih, serta menjemput mereka untuk menambah foto, video dan komen ke album dikongsi anda. Ketahui lebih lanjut tentang Foto. | |||||||||||
Dapatkan desktop dan dokumen anda pada semua peranti anda Gunakan iCloud Drive untuk menyimpan fail Desktop dan Dokumen dan folder dalam iCloud anda supaya anda boleh mengaksesnya pada semua peranti anda disediakan untuk iCloud Drive dan pada iCloud.com. Anda juga boleh menggunakan Perkongsian Fail iCloud untuk berkongsi dokumen dengan pengguna iCloud lain yang boleh bekerja dengan mereka dan berkongsi perubahan mereka dengan anda. Ketahui lebih lanjut tentang iCloud Drive. | |||||||||||
Kongsi muzik, buku, app dan banyak lagi dengan keluarga anda Perkongsian Keluarga membenarkan sehingga enam ahli keluarga berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan iBooks Store tanpa berkongsi akaun. Membayar pembelian keluarga dengan kad kredit yang sama dan meluluskan perbelanjaan anak terus dari peranti ibu bapa. Selain itu, berkongsi foto, kalendar keluarga, peringatan dan lokasi. Ketahui lebih lanjut tentang Perkongsian Keluarga. | |||||||||||
Cari Mac anda yang hilang Cari Mac anda pada peta, mainkan bunyi padanya, kunci skrinnya atau padamkan datanya. Ketahui lebih lanjut tentang Cari Mac Saya. | |||||||||||
Mail, Kalendar, Nota, Kenalan dan Peringatan Pastikan mel, kalendar, nota, kenalan dan peringatan anda adalah terkini menggunakan app pada Mac, peranti iOS dan iCloud.com anda. Ketahui lebih lanjut tentang app yang disertakan pada Mac anda. | |||||||||||
Muzik, app dan iBooks Store Dapatkan pembelian dari iTunes Store, App Store dan iBooks Store pada semua peranti anda secara automatik dan muat turun pembelian yang lalu pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut tentang “kandungan di mana-mana.” | |||||||||||
Tab iCloud, penanda buku dan senarai bacaan dalam Safari Lihat halaman web yang anda buka pada Mac dan peranti iOS anda (Tab iCloud anda). Baca artikel dari Senarai Bacaan anda, walaupun anda di luar talian. Selain itu, gunakan penanda buku yang sama pada Mac, peranti iOS dan komputer Windows anda. Ketahui lebih lanjut tentang Safari. | |||||||||||
Rantai Kunci iCloud Memastikan maklumat kata laluan, kad kredit dan banyak lagi terkini dan memasukkannya pada Mac dan peranti iOS anda secara automatik. Ketahui lanjut tentang Rantai Kunci iCloud. | |||||||||||
Storan iCloud Dengan iCloud, anda akan mendapat 5 GB storan percuma untuk mel, dokumen, foto dan sandaran peranti iOS anda. Muzik, app, rancangan TV dan buku yang anda beli tidak dikira daripada storan tersedia anda. Ketahui lebih lanjut tentang storan iCloud. |
Nota: iCloud memerlukan sambungan Internet; sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud. iCloud mungkin tidak tersedia di semua kawasan: Ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan.