Sediakan app Cari untuk mencari Mac, peranti, atau item yang hilang
Anda boleh menggunakan app Cari untuk mencari dan melindungi peranti Apple yang hilang serta mencari item yang dilampirkan ke AirTag. Sebelum Mac, peranti, atau item anda hilang, pastikan anda menyediakan Cari Mac Saya dalam seting iCloud. Anda boleh mencari dan melindungi Mac, peranti atau item anda menggunakan app Cari pada Mac lain, iPhone, atau iPad dan pada iCloud.com.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang app Cari pada Mac, lihat Panduan Pengguna Cari.
Sediakan Cari Mac Saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda”, masukkan Apple ID anda (atau alamat e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh mencipta satu.
Klik iCloud di sebelah kanan, klik Tunjukkan Semua, klik Cari Mac Saya, kemudian klik Aktifkan.
Jika diminta untuk membenarkan Cari Mac Saya untuk menggunakan lokasi Mac anda, klik Benarkan.
Masukkan nama dan kata laluan pentadbir Mac anda, kemudian klik Benarkan.
Lokasi Perkhidmatan mesti aktif untuk menggunakan Cari Mac Saya. Untuk mengaktifkannya, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik Perkhidmatan Lokasi di sebelah kanan. Aktifkan Perkhidmatan Lokasi, masukkan nama dan kata laluan pentadbir Mac anda, kemudian klik Buka Kunci.
Jika anda menyediakan Mac anda dengan berbilang akaun pengguna, Cari Mac Saya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna pada satu masa. Mengaktifkannya untuk seorang pengguna akan menyahaktifkannya untuk pengguna lain yang mengaktifkannya.