Reset kata laluan log masuk Mac anda
Kadang-kadang kata laluan log masuk pengguna perlu untuk direset—sebagai contoh, apabila pengguna telah terlupa kata laluan log masuk dan tidak dapat menggunakan pembayang kata laluan untuk mengingatinya.
Apabila kata laluan log masuk pengguna direset, rantai kunci baru lalai dicipta untuk menyimpan kata laluan pengguna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kata laluan rantai kunci, lihat Perihal kata laluan rantai kunci anda.
Reset kata laluan log masuk anda menggunakan Apple ID anda
Jika akaun pengguna anda berkait dengan Apple ID, anda boleh gunakan Apple ID untuk reset kata laluan log masuk anda.
Pilih menu Apple > Mula Semula, atau tekan butang Kuasa pada komputer anda dan klik Mula Semula.
Klik akaun pengguna anda, klik tanda soalan dalam medan kata laluan, kemudian klik anak panah di sebelah "reset menggunakan Apple ID anda."
Masukkan Apple ID dan kata laluan, kemudian klik Seterusnya.
Ikuti arahan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Reset kata laluan log masuk anda menggunakan kunci pemulihan
Jika anda mengaktifkan penyulitan FileVault dan mencipta kunci pemulihan, anda boleh menggunakan kunci pemulihan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Pilih menu Apple > Mula Semula, atau tekan butang Kuasa pada komputer anda dan klik Mula Semula.
Klik akaun pengguna anda, klik tanda soalan dalam medan kata laluan, kemudian klik anak panah di sebelah "reset menggunakan kunci pemulihan anda."
Masukkan kunci pemulihan, kemudian klik Seterusnya.
Ikuti arahan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Reset kata laluan pengguna lain
Pentadbir boleh reset kata laluan untuk pengguna lain.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Klik ikon kunci untuk membuka kuncinya, kemudian masukkan nama dan kata laluan pentadbir.
Pilih pengguna, kemudian klik Reset Kata Laluan.
Jika Mac anda ialah pelayan, gunakan app Server untuk reset kata laluan pengguna pelayan. Untuk arahan, lihat Reset kata laluan pengguna dalam Bantuan Server.