Gunakan gerak isyarat trackpad dan tetikus pada Mac
Semasa anda menggunakan trackpad Apple atau Magic Mouse dengan Mac, anda boleh menggunakan gerak isyarat—seperti klik, ketik, cubit dan leret—untuk zum masuk pada dokumen, layari muzik atau halaman web, putar foto, buka Pusat Pemberitahuan dan banyak lagi.
Gerak isyarat trackpad
Gunakan satu atau lebih jari pada permukaan trackpad anda untuk klik, ketik, luncur, leret dan banyak lagi. Contohnya, untuk bergerak antara halaman dokumen, leret kiri atau kanan dengan dua jari.
Untuk melihat gerak isyarat trackpad anda boleh gunakan pada Mac anda dan video singkat yang menunjukkan setiap gerak isyarat, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Trackpad .
Buka keutamaan Trackpad untuk saya
Anda juga boleh menyahaktifkan atau menyesuaikan gerak isyarat dalam keutamaan Trackpad.
Gerak isyarat tetikus
Gunakan satu atau lebih jari pada permukaan tetikus untuk klik, ketik, luncur, atau leret item. Contohnya, untuk bergerak antara halaman dokumen, leret kiri atau kanan dengan satu jari.
Untuk melihat gerak isyarat tetikus anda boleh gunakan pada Mac anda dan video singkat yang menunjukkan setiap gerak isyarat, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus .
Buka keutamaan Tetikus untuk saya
Anda juga boleh menyahaktifkan atau menyesuaikan gerak isyarat dalam keutamaan Tetikus.