Gunakan akaun sosial media dan Internet anda yang lain
Anda boleh gunakan Facebook, Twitter, LinkedIn dan akaun media sosial lain dalam app Mac dengan menambah akaun ke Mac anda. Sebagai contoh, anda boleh berkongsi foto, halaman web, nota dan banyak lagi ke media sosial daripada app seperti Foto, Safari dan Nota. Begitu juga, anda boleh menambah akaun Exchange, Google, Yahoo! dan akaun Internet lain yang anda mahu gunakan dengan Mail, Kenalan, Kalendar, Peringatan, Nota dan Mesej.
Anda boleh menambah akaun media sosial dan Internet dan mengurus seting akaun dalam keutamaan Akaun Internet. Anda juga boleh menambah akaun Internet dari app yang menggunakannya.
Akaun iCloud yang anda tambah menggunakan keutamaan iCloud juga muncul dalam keutamaan Akaun Internet. Anda boleh menukar setingnya di kedua-dua tempat.
Tambah akaun daripada app
Anda boleh menambah akaun dari Mail, Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Mesej. Akaun yang anda tambah daripada app muncul dalam keutamaan Akaun Internet.
Klik menu app, kemudian pilih Tambah akaun.
Sebagai contoh, dalam Mesej, pilih Mesej > Tambah akaun.
Pilih pembekal akaun, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Jika anda mahu menambah akaun daripada pembekal yang tidak disenaraikan, seperti akaun mel atau kalendar untuk syarikat atau sekolah anda, klik Tambah Akaun [Jenis] Lain, klik Teruskan, kemudian masukkan seting akaun yang diminta. Jika anda tidak tahu seting akaun, tanya pembekal akaun.
Tambah akaun dalam keutamaan Akaun Internet
Sebelum anda boleh menambah akaun dalam keutamaan Akaun Internet, anda mesti mencipta akaun itu di tapak web pembekal. Sebagai contoh, jika anda mahu siarkan video ke Vimeo tetapi tidak mempunyai akaun, pergi ke tapak web Vimeo, cipta akaun, kemudian tambahnya ke keutamaan Akaun Internet.
Nota: Jika anda mahu menyediakan dan menggunakan iCloud untuk pertama kali, gunakan keutamaan iCloud. Jika anda sudah berbuat demikian dan mahu menambah akaun iCloud kedua, gunakan keutamaan Akaun Internet. Akaun iCloud kedua hanya boleh digunakan untuk Mail, Kenalan, Kalendar, Peringatan dan Nota.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Klik penyedia akaun, seperti Twitter, Yahoo atau Facebook.
Jika anda belum lagi mempunyai akaun daripada penyedia tertentu seperti Yahoo, cipta satu pada tapak web penyedia, kemudian tambahkannya di sini.
Jika anda mahu menambah akaun daripada pembekal yang tidak disenaraikan, seperti akaun mel atau kalendar untuk syarikat atau sekolah anda, klik Tambah Akaun Lain di sebelah kanan, klik jenis akaun yang anda mahu tambah, kemudian masukkan seting akaun yang diminta. Jika anda tidak tahu jenis akaun atau seting akaun, tanya pembekal akaun.
Masukkan nama akaun anda, kata laluan dan maklumat lain yang diminta, kemudian klik Sediakan.
Jika akaun yang anda tambah mempunyai senarai ciri di sebelah kanan, pilih satu yang anda mahu gunakan.
Ubah ciri dan butiran akaun
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun di sebelah kiri, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan ciri: Pilih setiap ciri yang anda mahu gunakan dan nyahaktifkan sebarang ciri yang anda tidak mahu gunakan.
Ubah butiran akaun: Untuk akaun yang dipilih, klik Butiran di sebelah kanan. Sesetengah akaun memaparkan nama akaun, perihalan dan butiran lain di sebelah kanan dan tidak mempunyai butang Butiran.
Berhenti menggunakan akaun
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet.
Pilih akaun yang anda mahu untuk berhenti menggunakannya, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Keluarkan akaun dan nyahaktifkan ciri-cirinya: Klik butang Keluarkan .
Jika Mac anda disediakan untuk Rantai Kunci iCloud dan anda mengeluaran akaun (selain daripada akaun iCloud utama anda), anda diminta sama ada untuk mengeluarkan akaun itu daripada komputer Mac lain anda yang disediakan untuk Rantai Kunci iCloud atau hanya nyahaktifkan semua ciri akaun itu pada Mac ini.
Nyahaktifkan ciri khas: Nyahpilihnya.
Nota: Memadamkan akaun atau menyahaktifkan ciri individu boleh mengeluarkan data yang disimpan dalam app anda. Data mungkin dipulihkan jika anda mengaktifkan ciri atau menambah akaun semula. Jika anda tidak pasti, tanya pembekal akaun.