Sertai kumpulan Perkongsian Keluarga dalam Perkongsian Keluarga pada Mac
Anda boleh menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga apabila pengelola keluarga menambah anda, atau apabila anda menerima jemputan.
Jika anda ialah pengelola keluarga, anda boleh menjemput orang untuk menyertai apabila anda menambahkan mereka ke dalam keluarga; lihat Uruskan kumpulan Perkongsian Keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting Perkongsian Keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.
Sertai pada Mac pengelola keluarga
Jika anda berdekatan apabila pengelola keluarga menambah anda ke dalam keluarga, anda boleh menyertai keluarga serta-merta dengan memasukkan Apple ID dan kata laluan pada komputer Mac, atau peranti iOS atau iPadOS pengelola keluarga.
Sebelum anda boleh berkongsi pembelian keluarga, anda mesti mengesahkan Apple ID yang anda gunakan untuk pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books yang anda mahu kongsikan dengan keluarga anda.
Pada komputer Mac, atau peranti iOS atau iPadOS pengelola keluarga, masukkan Apple ID dan kata laluan anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian pastikan anda mendaftar masuk ke Apple ID. Jika anda belum mendaftar masuk, klik Daftar Masuk dan ikuti arahan atas skrin untuk memasukkan maklumat Apple ID anda.
Dalam Keutamaan Sistem, klik Perkongsian Keluarga , klik Terima, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Terima atau tolak jemputan pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian Keluarga .
Lakukan satu daripada yang berikut:
Sertai keluarga: Klik Terima, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jangan sertai keluarga: Klik Tolak.
Selepas anda menyertai, ahli keluarga akan menerima e-mel yang memaklumkan mereka bahawa mereka sekarang berkongsi dengan anda.