Tukar keutamaan Tetikus pada Mac
Gunakan Keutamaan Sistem Tetikus untuk menukar cara tetikus anda berinteraksi dengan Mac anda. Contohnya, gunakan gerak isyarat untuk menskrol senarai dan tapak web yang panjang dan gunakan zum skrin untuk menjadikan imej pada skrin lebih besar.
Nota: Tetikus wayarles mestilah disambungkan dengan Mac anda untuk memaparkan keutamaan yang disenaraikan di bawah.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus .
Buka keutamaan Tetikus untuk saya
Pilihan tetikus wayarles
Tunjuk & Klik
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Arah skrol: Semula Jadi | Gerakkan kandungan tetingkap dalam sama hala seperti jari anda. | ||||||||||
Klik sekunder | Pilih "Klik di sebelah kanan" atau "Klik di sebelah kiri" untuk klik sekunder (atau Control-klik) item pada skrin. | ||||||||||
Zum pintar | Dwiketik dengan satu jari untuk zum masuk atau keluar. | ||||||||||
Kelajuan penjejakan | Laraskan kelajuan penuding mengikuti pergerakan tetikus anda. |
Gerakan Isyarat Selanjutnya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Leret antara halaman | Pilih gerak isyarat untuk beralih antara halaman dalam dokumen. | ||||||||||
Leret antara app skrin penuh | Beralih antara app dalam skrin penuh. | ||||||||||
Mission Control | Dwiketik dengan dua jari untuk memasuki Mission Control. |