Ambil gambar skrin
Anda boleh mengambil gambar (dipanggil tangkapan skrin) keseluruhan skrin atau sebahagian daripadanya dengan menekan kekunci tertentu pada papan kekunci. Sebagai contoh, untuk mengambil gambar keseluruhan skrin, tekan Shift-Command-3.
Tangkapan skrin disimpan secara automatik sebagai fail .png pada dekstop, nama fail bermula dengan “Tangkapan Skrin” dan menyertakan tarikh dan masa ia diambil.
Petua: Untuk menyalin tangkapan skrin supaya anda boleh menampalnya di tempat lain—seperti dalam e-mel atau ke peranti lain—tekan dan tahan kekunci Control semasa anda menekan kekunci lain. Sebagai contoh, untuk menyalin keseluruhan skrin, tekan Shift-Command-Control-3.
Ambil gambar sebahagian daripada skrin
Tekan Shift-Command-4.
Gerakkan penuding rerambut silang ke mana yang anda mahu mulakan tangkapan skrin.
Tekan butang tetikus atau trackpad, kemudian seret ke atas kawasan yang anda mahu tangkap.
Apabila anda telah bersedia untuk mengambil tangkapan skrin, lepaskan butang tetikus atau trackpad.
Untuk batal, tekan Escape sebelum anda lepaskan butang tetikus.
Ambil gambar tetingkap atau bar menu
Tekan Shift-Command-4.
Tekan bar Space.
Gerakkan penuding kamera atas kawasan untuk serlahkannya, kemudian klik.
Untuk batal, tekan Escape sebelum anda klik.
Ambil gambar menu
Buka menu untuk paparkan perintah menu.
Tekan Shift-Command-4.
Seret penuding rerambut silang atas seluruh menu.
Jika anda mahu mengecualikan tajuk menu, tekan Shift-Command-4, tekan Bar Space, gerakkan penuding kamera ke atas menu untuk menyerlahkannya, kemudian klik.
Sesetengah app, seperti Pemain DVD, mungkin tidak membenarkan anda mengambil gambar skrin.
Anda boleh juga mengambil gambar skrin menggunakan app Grab.