Mulakan Mac anda dalam mod selamat
Memulakan Mac anda dalam mod selamat boleh membantu anda mengenal pasti sama ada isu yang anda alami disebabkan perisian yang dimuatkan semasa Mac anda bermula.
Sebelum anda bermula
Untuk memulakan Mac anda dalam mod selamat, anda perlu mengetahui jenis Mac yang anda miliki.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini.
Lihat pada maklumat dalam anak tetingkap Keseluruhan untuk menentukan jenis Mac yang anda miliki:
Jika anda melihat item berlabel Cip, diikuti nama cip tersebut, anda mempunyai Mac dengan Apple silicon.
Jika anda melihat item berlabel Pemproses, diikuti nama pemproses Intel tersebut, anda mempunyai Mac berasaskan Intel.
Gunakan arahan yang sepadan di bawah untuk memulakan Mac anda dalam mod selamat.
Mulakan Mac dengan Apple silicon anda dalam mod selamat
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Tutup.
Tunggu sehingga Mac anda tutup sepenuhnya. Mac tutup dengan sepenuhnya apabila skrin hitam dan sebarang cahaya (termasuk dalam Touch Bar) tidak aktif.
Tekan dan tahan butang kuasa pada Mac anda sehingga “Memuatkan pilihan permulaan” kelihatan.
Pilih volum.
Tekan dan tahan kekunci Shift, kemudian klik Teruskan dalam Mod Selamat.
Komputer mula semula secara automatik. Apabila tetingkap log masuk kelihatan, anda sepatutnya melihat “But Selamat” dalam bar menu.
Mulakan Mac berasaskan Intel anda dalam mod selamat
Hidupkan atau mulakan semula Mac anda, kemudian tekan dan tahan kekunci Shift serta-merta sehingga anda melihat tetingkap log masuk.
Log masuk ke Mac anda.
Anda mungkin diminta untuk log masuk lagi.
Pada tetingkap log masuk pertama atau kedua, anda sepatutnya melihat “But Selamat” dalam bar menu.
Sahkan yang Mac anda dimulakan dalam mod selamat
Jika anda tidak pasti sama ada Mac anda dimulakan dalam mod selamat, anda boleh menggunakan app Maklumat Sistem untuk menyemak mod.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini.
Klik Laporan Sistem.
Dalam app Maklumat Sistem, pilih Perisian dalam bar sisi.
Dalam Keseluruhan Perisian Sistem, lihat nilai yang disenaraikan di sebelah item berlabel Mod But.
Selamat: Mac menggunakan mod selamat.
Normal: Mac tidak menggunakan mod selamat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan mod selamat, lihat artikel Sokongan Apple Cara menggunakan mod selamat pada Mac anda.