Perihal mengecualikan fail sistem daripada sandaran
Anda boleh kecualikan fail dan app sistem macOS dari sandaran Time Machine, tetapi ianya tidak disyorkan. Mengecualikan fail sistem macOS menjimatkan ruang, tetapi menjadikan ia sukar untuk pulihkan seluruh sistem anda jika cakera permulaan anda rosak dan mesti dibaiki atau diganti.
Fail sistem macOS termasuk folder Sistem dan app yang disertakan dengan Mac anda, seperti Safari, Mail, Mesej, iTunes, Dashboard dan yang lain.
Untuk mengecualikan item selain daripada fail sistem macOS, buka keutamaan Time Machine, kemudian klik Options. Untuk membuka pilihan Time Machine, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Time Machine.
Buka keutamaan Time Machine untuk saya
Jika anda perlu memulihkan sistem macOS anda dan anda belum menyandarkannya dengan Time Machine, lihat Pasang semula macOS.