Kecilkan hasil carian anda
Apabila anda cari dalam Spotlight atau Finder dan tetingkap lain yang mempunyai medan carian, anda boleh guna beberapa kaedah untuk fokus skop carian anda dan keputusan carian.
Petua: Mahu kecualikan item dari disertakan dalam keputusan Spotlight? Set pilihan dalam keutamaan Spotlight.
Tambah kriteria kepada carian
Anda boleh tambah kriteria kepada carian asas. Sebagai contoh, anda boleh mencari jenis fail tertentu, atau item yang dicipta pada tarikh tertentu.
Mulakan carian anda dalam Spotlight atau tetingkap Finder.
Dalam Spotlight: Klik ikon Spotlight dalam bar menu, masukkan carian anda, kemudian dwiklik Tunjukkan Semua dalam Finder di bawah senarai hasil carian untuk memaparkan bar carian Finder.
Dalam Finder: Masukkan carian anda dalam medan carian, kemudian tekan Return.
Klik butang Tambah di sebelah kanan tetingkap carian, di bawah medan carian.
Klik menu timbul paling kiri, kemudian pilih atau tambha kriteria carian.
Sebagai contoh, untuk mencari hanya jenis item tertentu dan bukannya semua item, pilih Jenis. Atau untuk mencari sebarang item yang namanya mengandungi perkataan atau frasa tertentu, pilih Nama.
Untuk menambah kriteria, pilih Lain, kemudian pilih setiap atribut yang anda mahu tambah. Sebagai contoh, untuk mencari maklumat hak cipta, pilih Hak Cipta dalam senarai atribut, kemudian klik OK.
Pilih kriteria dari menu timbul yang muncul.
Sebagai contoh, selepas anda memilih Jenis, klik menu timbul lain untuk menentukan Dokumen atau Imej. Untuk menambah jenis, pilih Lain.
Tambah atau keluarkan kriteria carian seperti yang diperlukan dengan mengklik butang Tambah atau Keluarkan .
Untuk muncul dalam hasil carian, item mesti padan dengan semua kriteria anda. Sebagai contoh, jika satu kriteria mengkhususkan untuk mencari item dengan nama yang bermula dengan S dan anda menambah kriteria carian untuk item yang dicipta hari ini, hasil carian akan hanya memasukkan item yang dicipta hari ini yang mempunyai nama bermula dengan S.
Petua: Anda boleh menyimpan carian untuk digunakan lagi. Hanya klik Simpan di bawah medan carian. Carian anda disimpan sebagai Folder Pintar. Unutk mengakses carian anda dalam bar sisi Finder dengan cepat, pastikan Tambah ke Bar Sisi dipilih. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Cipta atau tukar Folder Pintar.
Cari untuk atribut metadata
Kebanyakan item mengandungi metadata yang menerangkan kandungan item, bagaimana ia diciptakan dan atribut lain. Sebagai contoh, apabila anda mengambil foto digital, maklumat seperti model kamera, apertur dan jarak fokus adalah antara banyak atribut yang disimpan dalam fail sebagai metadata secara automatik. Untuk memapar metadata bagi fail, pilih fail itu, kemudian pilih Fail > Dapatkan Info.
Ini contoh bagaimana anda mungkin menggunakan atribut metadata dalam carian:
trip kind:document mencari untuk perkataan “trip” dalam dokumen sahaja.
aauthor:tom mencari untuk semua item ditulis oleh Tom.
kind:images created:8/16/17 mencari imej yang dicipta pada tarikh tertentu.
kind:music by:“glenn miller” mencari muzik oleh Glenn Miller.
diubah suai:<=29/7/17 mencari item yang diubah suai pada atau sebelum tarikh tertentu.
Cari oleh jenis item
Apabila anda guna Spotlight atau cari di Finder atau tetingkap lain, anda boleh guna kata kunci untuk tentukan jenis item yang anda cari, seperti app, kenalan atau penanda buku.
Untuk menentukan jenis item, tambah teks “jenis:[jenis item]” di hujung carian anda. Contohnya, untuk mencari foto New York City, masukkan “New York City kind:images.” Untuk mencari mesej e-mel yang menyebut Amy Frost, masukkan “Amy Frost kind:email.”
Jenis item
Kata kunci
App
jenis:aplikasi
jenis:aplikasi
jenis:aplikasi
Kenalan
jenis:kenalan
jenis:kenalan
Folder
jenis:folder
jenis:folder
E-mel
jenis:e-mel
jenis:e-mel
jenis: mesej mel
jenis: mesej mel
Peristiwa kalendar
jenis:peristiwa
jenis:peristiwa
Peringatan
jenis:peringatan
jenis:peringatan
Imej
jenis:imej
jenis:imej
Filem
jenis:filem
jenis:filem
Muzik
jenis:muzik
Audio
jenis:audio
PDF
jenis:pdf
jenis:pdf
Keutamaan
jenis:keutamaan sistem
jenis:keutamaan
Penanda Buku
jenis:penanda buku
jenis:penanda buku
Fon
jenis:fon
jenis:fon
Pembentangan
jenis:pembentangan
jenis:pembentangan
Terdapat beberapa kata kunci lain yang anda boleh gunakan untuk anda mencari item, seperti daripada, kepada, pengarang, dengan, oleh, tag, tajuk, nama, kata kunci dan kandungan. Untuk menggunakan kata kunci, masukkannya diikuti dengan titik bertindih, kemudian masukkan terma carian anda. Sebagai contoh, masukkan “pengarang:Emily” atau “tajuk:Bandar New York.”
Cari menggunakan AND, OR dan TIDAK
Pertanyaan Boolean menggunakan DAN, ATAU dan TIDAK (dikenali sebagai operator Boolean) untuk mempersempit keputusan carian. Anda juga boleh menggunakan tanda tolak (–), yang bermakna DAN TIDAK, untuk mengecualikan item apabila anda mencari.
Berikut adalah contoh untuk apa yang anda mungkin taip dalam medan carian apabila anda menggunakan operator Boolean:
author:tom OR author:thom mencari item yang ditulis oleh Tom atau thom, jika anda tidak tahu ejaan namanya yang sebenar.
trip –france mencari item yang mengandungi perkataan “trip“ tetapi bukan “france,” oleh itu hasil mungkin termasuk foto dari perjalanan ke Sepanyol tetapi bukan ke Perancis.
kind:message date:29/6/17-25/7/17 NOT date:14/7/17 mencari mesej e-mel yang bertarikh dari 29/6/17 hingga 25/7/17, tetapi tidak termasuk bertarikh 14/7/17.